00:00Pelaksanaan cukai minimum global, kelas tarian bekalan air, susulan perkembangan industri, pusat data serta pematuhan dasar gaji minimum RM1,700
00:08antara isu yang dibangkitkan dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.
00:12Isu itu akan disentuh dalam sesi pertanyaan dan jawab lisan yang dijadual berbulas 10 pagi.
00:20Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah kutipan cukai minimum global sejak pelaksanaannya pada 2025.
00:28selain mencadangkan kadar cukai PMKS dikurangkan kepada 15% bagi mastikan persaingan lebih adil dengan syarikat antarabangsa.
00:37Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Cik Mahu Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menjelaskan mekanisme
00:44kerajaan
00:45memastikan pertumbuhan industri pusat data tidak menjejaskan kecukupan bekalan air negara.
00:50Dalam isu tenaga kerja, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Kalib Abdullah meminta statistik pematuhan majikan
00:56terhadap gaji minimum RM1,700 dan tindakan penguatkuasaan terhadap perniagaan mikro luar bandar yang berdepan peningkatan kos operasi.
01:04Aspek keselamatan digital turut menjadi perhatian apabila Ahli Parlimen Pematang Pauh, Muhammad Fawaz Muhammad Jan,
01:11meminta penjelasan mengenai pematuhan platform media sosial terhadap pengesahan umur pengguna bawah 16 tahun
01:17mulai 1 Jun 2026 termasuk pelindungan data peribadi dan tindakan terhadap platform yang gagal mematuhi ketetapan.
01:25Selain itu, Ahli Parlimen Betong, Datuk Dr. Richard Rapu Olais Aman Anak Begri
01:30membakitkan keberkesanan jangka panjang program Payung Rahma sama ada wajar dijadikan dasar berterusan
01:36atau sekadar intervensi sementara serta kesannya terhadap margin keuntungan perniagaan runcit kecil.
01:42Kesemua pertanyaan itu menuntut penjelasan kerajaan mengenai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi,
01:49perlindungan rakyat dan kelangsungan perniagaan tempatan.
01:52Mesyarat ketiga, Penggal kelima Parlimen ke-15 berlangsung dari 5 Oktober hingga 8 Disember depan.