• 3 minutes ago
Timbalan Pengarah SPRM Johor Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid berkata tangkapan dalam kategori sektor awam itu merangkumi penjawat awam, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun.
Transcript
00:00Sektor awam mencatat jumlah tangkapan tertinggi oleh suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM Johor sepanjang tahun ini
00:07melibatkan 41 individu atau 51.9% daripada keseluruhan 79 tangkapan yang direkodkan.
00:15Timbalan pengarah SPRM Johor, Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid berkata,
00:19tangkapan dalam kategori sektor awam itu merangkumi penjawat awam, kakitangan syarikat berkaitan kerajaan JLC dan badan berkanun.
00:30Memetik bernama menurutnya baki tangkapan pula membabitkan 20 orang awam dan 18 individu
00:36daripada sektor swasta masing-masing mewakili 25.3% dan 22.8% daripada jumlah keseluruhan.
00:45Sepanjang tempoh sama sebanyak 71 kertas siasatan dan 101 kertas penyiasatan awal telah dibuka
00:53menekala 10 kertas siasatan direkodkan bagi petuduhan pada tahun ini.
00:57Sheikh Hamadi berkata, SPRM Johor turut merekodkan 92 aduan dan menerima 129 maklumat
01:05daripada pelbagai sumber termasuk orang ramai, laporan media, pegawai serta surat layang.
01:12Beliau berkata maklumat yang diterima tidak semestinya menjurus kepada kesalahan rasuah
01:16kerana setiap maklumat perlu melalui proses penilaian terlebih dahulu
01:21bagi menentukan bentuk kesalahan dan bidang kuasa agensi berkaitan.
01:25Beliau berkata proses penilaian itu penting bagi memastikan setiap maklumat yang diterima
01:31diteliti mengikut peruntukan undang-undang dan tindakan susulan dapat dilaksanakan
01:36berdasarkan bidang kuasa yang ditetapkan.
01:39Dalam pada itu, Sheikh Hamadi berkata, statistik aduan, tangkapan dan penyiasatan
01:44perlu ditafsirkan mengikut kategori serta konteks masing-masing.
01:48Ini kerana peningkatan atau penurunan angka tidak semestinya menggambarkan
01:53perubahan sebenar tahap integriti dalam kalangan masyarakat atau penjawat awam.

Recommended