• 5 minutes ago
BOJ dijangka kekal berwaspada terhadap risiko kenaikan harga, manakala kontrak swap menunjukkan kebarangkalian kira-kira 86 peratus bahawa bank pusat itu akan menaikkan kadar faedah pada 18 Disember.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kenaikan harga pengguna Jepun meningkat kepada kadar terpantas tahun ini sekaligus mengukuhkan jangkaan Bank of Japan, BOJ, akan menaikkan kadar
00:09faedah penanda arasnya bulan depan.
00:11Indeks harga pengguna CPI, tidak termasuk makanan segar, meningkat untuk bulan kedua berturut-turut kepada 2.2% pada Oktober
00:20berbanding tempoh sama tahun lalu.
00:26Bagaimanapun, angka itu sedikit rendah berbanding unjuran ahli ekonomi sebanyak 2.3%.
00:32CPI keseluruhan meningkat 2.3% manakala indeks yang tidak mengambil kira makanan segar dan tenaga naik 2.2%.
00:42Kenaikan kos tenaga dan perkhidmatan telefon muda alih menjadi antara pemaca utama inflasi.
00:47Sementara itu, harga beras merusut hampir 30%, penurunan terbesar dalam rekod sejak 1971.
00:56Langkah fiskal kerajaan bagi mengawal kos utiliti turut mengurangkan hampir satu mata peratusan daripada CPI keseluruhan.
01:05Ahli ekonomi kanan Sompok Institut Plus, Masato Koiki menjangkakan, inflasi Jepun terus meningkat menghampiri 3%, terutama susulan kesan konflik di
01:16Asia Barat.
01:16Beliau berkata BOJ dijangka kekal berwaspada terhadap risiko kenaikan harga.
01:22Manakala kontrak swap menunjukkan kebarang kalian kira-kira 86% bank pusat itu akan menaikkan kadar faedah pada 18 Disember
01:31ini.
01:32Inflasi teras Jepun kekal melebihi sasaran BOJ sebanyak 2% sepanjang 4 tahun fiskal hingga Mac 2026.
01:40Tekanan kos tenaga penghantaran dan pembungkusan serta kelemahan yen turut mendorong syarikat menaikkan harga produk menekala kekurangan tenaga kerja meningkatkan
01:52kos gaji.
01:53Terima kasih telah menonton!

Recommended