00:00Bertemu kembali, bekalan air di Selangor kekal stabil dengan margin Rizab 17.4% di sebalik risiko cuaca panas dan
00:09kering susulan fenomena super El Nino.
00:12Exko Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, keupayaan pengeluaran air terawat negeri bagi 2026 dianggarkan 6,500 juta
00:23liter sehari.
00:27Jumlah itu memberikan lebihan kepasiti sebanyak 1,130 juta liter sehari, manakala kadar penggunaan air hingga September kekal konsisten.
00:36Beliau berkata walaupun berlaku sedikit penurunan paras air, tiada empangan mencatatkan kepasiti di bawah 80% dan keadaan kini semakin
00:44pulih.
00:45Rekod pemantauan menunjukkan semua empangan di Selangor berada dalam keadaan baik dengan kepasiti takungan melebihi 82% setakat 4 November.
00:54Izham berkata takungan empangan mampu bertahan sehingga 6 bulan sebelum mencapai paras kritikal bergantung kepada jumlah pelepasan air untuk keperluan
01:02loji rawatan.
01:03Semua empangan juga dijangka mampu mengekalkan simpanan air pada tahap selamat sehingga April 2027 dengan mengambil kira jangkaan kekurangan hujan
01:12maksimum ketika El Nino.
01:14Sebagai langkah persediaan, operasi pengepaman air kolam di Bestari Jaya akan diaktifkan apabila takungan empangan turun kepada 80%.
01:23Luas turut mencadangkan pemberihan awan di kawasan tadahan empangan strategik bagi meningkatkan taburan hujan dan aliran masuk ke empangan.
01:31Permohonan kepada NADMA dan Jabatan Meteorologi Malaysia dirancang untuk dikemukakan sekiranya kepasti takungan empangan turun kepada 50%.
01:40Terima kasih kerana menonton!