00:00Selepas menanti selama 13 tahun dengan kos pembangunan dianggarkan mencecah $1 bilion bersamaan dengan RM4.2 bilion atau lebih,
00:11permainan video paling dinantikan dalam sejarah Grand Theft Auto 6 GTA 6 akhirnya dilancarkan di seluruh dunia pada Kamis.
00:20Pelancaran permainan terbitan Rockstar Games itu disambut dengan ulasan awal yang amat memberangsangkan
00:25sekaligus melonjakkan kedudukannya ke tangga teratas carta permainan video sepanjang zaman metakritik dengan skor 99 mata.
00:37Pencapaian itu menyamai rekod The Legend of Zelda Ocarina of Time, permainan klasik keluaran Nintendo pada 1968 yang turut mencatatkan
00:46skor sama.
00:47Pelancaran bermula sejurus tengah malam di New Zealand sebelum merebak mengikut zon waktu dari Tokyo hingga Miami
00:53dengan pelbagai acara sambutan, siaran langsung dan hantaran di media sosial oleh peminat di seluruh dunia.
01:00Malah beberapa syarikat dilaporkan memberikan cuti kepada pekerja masing-masing bagi membolehkan mereka menikmati permainan terbaru
01:07dalam franchise yang mula diperkenalkan pada 1997 itu.
01:11Miami, bandar yang menjadi inspirasi kepada latar fiksyen Vice City dalam GTA 6,
01:16terus mengadakan sambutan khas menerusi pelawanan pasukan bola keranjang NBA Miami Heat menentang Milwaukee Bars.
01:22GTA 6 dijangka menjadi pendapatan berbilion dolar kepada syarikat pembangunan Take-Two Interactive
01:29dengan firma analitik Sensor Tower menganggarkan lebih 17 juta salinan sudah terjual
01:34membabitkan nilai melebihi 1.65 bilion dolar mereka.
01:39Berbeza dengan siri terdahulu, GTA 6 memperkenalkan dua watak utama,
01:43Lucia Caminos dan Jason Duval yang mempunyai hubungan sebagai pasangan jenayah selain terlibat dalam hubungan romantik.
01:50Permainan itu berlatar belakangkan Vice City, bandar fiksyen yang diinspirasikan dari Miami
01:55dalam negeri Leonida yang mengambil ilham daripada Florida.
01:58Pemain boleh meneroka pelbagai aktiviti termasuk mengunjungi kelab malam, kedai senjata,
02:04menyelam scuba dan zoo selain melaksanakan pelbagai misi sepanjang permainan.
02:08Meskipun pemain memerlukan kira-kira 50 jam untuk menamatkan jalan cerita utama,
02:13ulasan awal daripada pengkritik industri permainan video sudah menunjukkan penerimaan yang amat positif.
02:20Laman hiburan Games Rada Plus memuji Rockstar Games kerana berjaya membangunkan dunia permainan
02:24dengan skala, keluasan dan kualiti yang mengagumkan.
02:28PC Games pula menyifatkan pelancaran itu sebagai sesuatu yang bakal terus diperkatakan
02:33untuk beberapa tahun akan datang, selain berbaloi dengan penantian selama 13 tahun.
02:41Terima kasih kerana menonton!