• 3 minutes ago
Harga Brent, penanda aras global, merosot kira-kira satu perlima bulan ini susulan pemulihan bekalan dari Asia Barat dan keputusan Trump untuk menangguhkan serangan baharu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Niarga minyak meningkat sedikit pada Jumaat selepas dagangan tidak menentu pada sesi sebelumnya, namun kekal di landasan penurunan untuk minggu
00:08ketiga berturut-turut.
00:09Niarga hadapan minyak mentah brand didagangkan melebihi $92 Amerika setung selepas bergerak dalam julat lebih $2 pada sesi sebelumnya, namun
00:20susut hampir 4% minggu ini.
00:24Kontrak paling aktif minyak mentah West Texas Intermediate WTI pula didagangkan menghampiri $83 Amerika setung.
00:33Presiden Donald Trump berkata beliau tidak tergesa-gesa membuat sebarang keputusan berhubung Iran, menekala situsnya tenaga Chris Wright menyatakan aliran
00:43bekalan melalui selat hormus telah mencapai paras rekod.
00:47Harga brand penanda aras global merosot kira-kira 1 per 5 bulan itu susulan pemulihan bekalan dari Asia Barat dan
00:55keputusan Trump untuk menangguhkan serangan baru.
00:58Bagaimanapun, ketegangan kembali meningkat dalam beberapa hari kebelakangan ini, termasuk serangan terhadap kapal yang melalui selat hormus serta serangan kumpulan
01:08huti ke atas Riyadh.
01:09Naib Presiden Kanan bagi perdagangan BOK Financial Securities Incorporation, Dennis Kisler berkata peningkatan ketegangan geopolitik dalam tempoh terdekat mendorong pembelian
01:20semula minyak mentah.
01:21Namun, asas pasaran secara keseluruhan masih menunjukkan prospek penurunan harga.
01:27Beliau turut merujuk kepada tindakan Iraq menjual minyak mentah fizikal pada harga diskaun besar.
01:33Agensi Tenaga Antarabangsa IEA mengunjurkan lebihan bekalan kira-kira 2 juta tong sehari pada suku ini.

Recommended