00:00Kemudahan pengecualian visa selama 30 hari untuk warga negara India yang melawat Malaysia akan ditamatkan pada 31 Disember ini.
00:09Menteri Dalam Negeri Dato' Sri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu diambil bagi memperkukuh proses saringan pra-ketibaan dan memastikan
00:16kawalan kemasukan warga asing ke negara ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.
00:24Penempatan inisiatif di bawah pelan liberalisasi visa itu merupakan sebahagian daripada pendekatan menyeluruh KDN dalam memperkukuh penguatkuasaan dan kawalan imigresen.
00:34Saifuddin berkata pendekatan tersebut meliputi tiga peringkat utama iaitu sebelum kemasukan, semasa kemasukan dan selepas kemasukan warga asing ke Malaysia.
00:42Selain itu, kemudahan visa berulang kali MEV bagi lawatan sosial jangka pendek kepada negara yang tidak memerlukan visa termasuk warga
00:50negara China telah ditamatkan mulai 1 September lalu.
00:54Katanya langkah itu bertujuan menangani penyalahgunaan kemudahan perjalanan berulang untuk tujuan pekerjaan atau perniagaan secara haram.
01:01Sementara itu, KDN terus mewajibkan penggunaan kad ketibaan digital Malaysia MDSC yang memerlukan pengembara asing mengemukakan maklumat perjalanan secara dalam
01:11talian tiga hari sebelum ketibaan.
01:14Langkah itu membolehkan pihak berkuasa menjalankan tapisan keselamatan lebih awal serta mengenalpasti individu yang berisiko.