• 3 minutes ago
Wartawan Astro AWANI, Irfan Faruqi, meraih tempat kedua kategori Laporan Telus pada Honest View Media Award 2026 di Moscow.
Transcript
00:00Astroawani terus meraih pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila wartawannya Irfan Faruqi memenangi tempat kedua bagi kategori laporan telus pada Anas
00:10View Media Award 2026 yang berlangsung di Moskow, Rusia.
00:14Pengiktirafan itu diberikan menerusi laporan yang disiarkan pada Mei lalu berkaitan konflik Rusia-Ukraine termasuk liputan mengenai operasi ketenteraan khas
00:22SMO yang bermula pada Februari 2022.
00:27Laporan tersebut turut merangkumi liputan langsung dari lapangan mengenai perkembangan semasa di Republik Crimea yang menyertai Persekutuan Rusia pada 2014.
00:36Kejayaan itu memperkukuh kedudukan Astroawani sebagai organisasi berita yang menekankan laporan seimbang, telus dan berasaskan pemerhatian langsung di lapangan khususnya
00:46dalam isu geopolitik dan konflik antarabangsa.
00:49Honest View Media Award merupakan anugerah media antarabangsa yang dianjurkan oleh sebuah agensi kerajaan Rusia yang mengiktiraf hasil kewartawanan berkaitan
00:58Rusia dalam bidang kebudayaan, kemanusiaan, ekonomi dan kerjasama antarabangsa.
01:03Untuk rekod, bagi tahun ini anugerah tersebut menerima lebih 800 penyertaan daripada 85 negara.
01:09Terima kasih telah menonton!

Recommended