00:00Selangor perlu bersiap-siaga sepenuhnya bagi menghadapi fenomena air pasang besar yang diramalkan berlaku bermula Isnin hingga Jumat depan, terutama
00:09sekiranya bertembung dengan taburan hujan lebat.
00:12Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, persiapan rapi di kawasan berisiko perlu diteliti segera, susulan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia,
00:20MedMalaysia yang meramalkan hujan lebih kerap sebelum peralihan fasa air pasang mati kepada air pasang besar minggu depan.
00:30Katanya keutamaan sekarang ialah mempercepat operasi mengopam air dari kawasan kediaman dan memantau keadaan sungai serta paras air laut.
00:37Jelasnya hujan yang lebih kerap dijangka sehingga 21 November manakala fenomena air pasang besar diramalkan berlaku pada 23 hingga 27
00:45November.
00:46Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat pusat pemindahan sementara PPS Sekolah Kebangsaan SK Datuk Maharaja Lela di Kuala Selangor
00:53pada Khamis.
00:54Beliau turut menyampaikan bantuan Wang Ihsan kepada 377 mangsa banjir dari kawasan Dewan Undangan Negeri Don Ijo dan jeram di
01:02PPS berkenaan yang dikenalpasti lokasi paling terjejas setakat Khamis, khususnya kediaman sekitar Parit Mahang.
01:08Mengulas lanjut situasi banjir di Parit Mahang yang berlarutan hampir dua minggu, Amiruddin memaklumkan ban sungai di kawasan berkenaan didapati
01:16telah dipecahkan sebanyak dua kali oleh pihak tidak bertanggungjawab meskipun kerja penampalan awal telah dilakukan.
01:21Beliau berkata laporan polis telah pun dibuat berhubung insiden percerobohan rizab sungai itu dan individu yang disyaki terlibat sudah ditahan
01:29bagi membantu siasatan.
01:31Manakala kerja penampalan semula ban serta penambahan pam air sedang kiat dijalankan bagi mempercepatkan proses penyurutan air.