Skip to playerSkip to main content
Pengarah syarikat kecantikan mengaku tidak bersalah gagal bayar cukai

Seorang pengarah di syarikat menjalankan perniagaan kecantikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 2 di George Town pada Isnin di atas 12 saman kerana gagal membuat bayaran cukai jualan.

Kesemua saman tersebut melibatkan empat pertuduhan melibatkan dirinya serta syarikat di antara tempoh 1 Jun 2024 hingga 21 Julai 2025.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804807/berita/semasa/pengarah-syarikat-kecantikan-mengaku-tidak-bersalah-gagal-bayar-cukai

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #SinarTerkini #Mahkamah #cukai

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pengarah di syarikat yang menjalankan perniagaan kecantikan
00:03dihadapkan ke Mahkamah Session 2 Georgetown pada Isnin
00:07di atas 12 saman kerana gagal membuat bayaran cukai jualan.
00:11Kesemua saman tersebut melibatkan empat pertuduhan
00:14melibatkan dirinya serta syarikat
00:16di antara tempoh 1 Jun 2024 hingga 21 Julai 2025.
00:22Fu Kok Kiong, 44 tahun,
00:25yang merupakan pengarah syarikat Aroma Wellness Sendirian Berhad,
00:29mengangguk faham selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya
00:32di dalam bahasa Melayu.
00:35Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah
00:37dan minta dibicarakan bagi enam saman ke atasnya
00:40serta enam saman ke atas syarikatnya itu.
00:43Mengikut pertuduhan,
00:45dia didakwa gagal membuat bayaran cukai jualan
00:47mengikut tempoh masa yang ditetapkan
00:49yang melibatkan enam tempoh bercukai
00:52dengan tunggakan keseluruhan cukai jualan
00:54dan penalti sebanyak RM89,093.82.
01:00Mereka didakwa di bawah Seksyen 26-8 Akta Cukai Perkhidmatan 2018
01:05kerana melanggar Seksyen 26-4 Akta yang sama.
01:11Kes disebut semula 7 Disember depan untuk serahan dokumen.
01:17Terima kasih telah menonton!

Recommended