00:00Seorang lelaki tempatan yang disyaki penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di persiaran lembah perpaduan Tambun, Ipoh, awal pagi
00:09Kamis.
00:09Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' M. Kumar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi selepas anggota
00:17rondaan cegah jenayah menahan kenderaan yang dipandu suspek.
00:21Menurutnya, suspek keluar dari kenderaan untuk melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.
00:28Anggota polis kemudian membalas tembakan untuk mempertahankan diri sehingga tiada lagi ancaman keselamatan.
00:34Suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada jam 3.40 pagi.
00:38Polis turut menemukan sepucuk pistol berhampiran suspek.
00:42Kes disiasat mengikut Seksyen 307, kandung kesiksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 3, Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.
00:51Kumar menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan komen yang boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan kegusaran masyarakat.