• 6 minutes ago
Amerika Syarikat dan Venezuela menandatangani perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama pertahanan serta keselamatan sempadan. Perjanjian dimeterai oleh Pete Hegseth dan Gustavo Gonzalez Lopez di Caracas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat dan Venezuela menandatangani perjanjian baru yang bertujuan memperkukuh kerjasama ketenteraan serta keselamatan sempadan kedua negara. Perjanjian itu dimetrai
00:10di Caracas oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Pete Hexaf dan Menteri Pertahanan Venezuela Gustavo Gonzalez Lopez.
00:20Hexaf yang melakukan lawatan rasmi ke Venezuela turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Pemangku Negara itu, Delcy Rodriguez.
00:27Menurut beliau, Washington mahu memperluaskan kerjasama pertahanan dengan menggabungkan pengalaman dan kepakaran tentera Amerika Syarikat bersama keupayaan Angkatan Bersenjata Venezuela.
00:39Bagaimanapun, pihak Venezuela belum mengumumkan secara terperinci bentuk kerjasama yang akan dilaksanakan di bawah perjanjian tersebut.
00:46Perkembangan itu berlaku ketika hubungan antara kedua-dua negara semakin erat sejak perubahan pentadbiran di Caracas awal tahun ini.
00:54Penganalisis melihat perjanjian berkenaan sebagai satu langkah penting dalam memperkukuh hubungan strategik dan keselamatan serantau di Amerika Latin.
01:02Maklumat lanjut mengenai skop dan pelaksanaan perjanjian itu dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.

Recommended