00:00Seorang hakim kebankrapan Persekutuan Amerika Syarikat meluluskan pembelian data perniagaan dalaman milik syarikat penerbangan Spirit Alliance oleh Google
00:10bernilai 10 juta dolar Amerika atau bersamaan 44 juta ringgit pada satu proseding di New York pada selasa waktu tempatan.
00:18Hakim Sean Lin membuat keputusan itu selepas syarikat Indok Google Alphabet bersetuju melaksanakan perlindungan privasi tambahan ke atas data berkenaan.
00:30Ia susulan kebimbangan yang dibangkitkan Kesatuan Pekerja dan lebih 120 anggota Kongres Amerika.
00:37Spirit Alliance yang terkenal sebagai syarikat penerbangan tambang murah menghentikan operasi pada belalu.
00:43Sebagai sebahagian daripada proses penutupan dan pelupusan aset syarikat itu, Google memenangi bidaan pada Ogos lalu untuk memperoleh data pekerja
00:51yang berangkumi email,
00:53hamparan elektronik dan kalender selain data berkaitan pemasaran, produktiviti dan operasi.
01:00Google sebelum ini memaklumkan data tersebut akan digunakan bagi tujuan pembangunan produk serta latihan model kecerdasan buatan AI.
01:09Pada Oktober lalu, seorang ombudsman privasi mengesyorkan agama mahkamah meluluskan urus niaga itu selepas maklumat peribadi penumpang melibatkan 97 juta
01:18pelanggan Spirit Alliance,
01:19dikecualikan daripada penjualan berkenaan.
01:22Namun sekumpulan penggubal Undang-Undang Amerika kemudian membangkitkan kebimbangan bahawa transaksi tersebut masih melibatkan ratusan juta email pekerja dan mesej
01:33Microsoft Teams.
01:35Mereka menggesa Google supaya mengecualikan sebanyak mungkin maklumat peribadi pekerja daripada urus niaga itu.
01:41Minggu lalu, Kesatuan Prabu Gari CWA, Association of Flight Attendants CWA, memaklumkan Google bersetuju melaksanakan proses penyah pengenalan data yang
01:51lebih ketat berbanding pelan asal.
01:54Menurut kesatuan itu, data pekerja yang mengandungi maklumat kesihatan dan perubatan turut akan dikecualikan daripada penjualan tersebut.
02:02Terima kasih telah menonton!