• 4 minutes ago
Bulgaria mendedahkan operasi penggodaman selama lima tahun yang melibatkan lebih 62 juta halaman dokumen kerajaan. Pihak berkuasa percaya beberapa kumpulan penggodam antarabangsa terlibat dalam pencerobohan tersebut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bulgaria meledahkan satu operasi penggodaman besar-besaran yang dipercayai berlangsung selama lima tahun melibatkan akses kepada puluhan juta halaman dokumen
00:08kerajaan.
00:09Menteri Inovasi dan Transformasi Digital Ivan Vazilev berkata lebih 130GB data bersamaan 62 juta halaman dokumen telah dimuat turun sejak
00:19tahun 2021.
00:23Katanya setakat ini tiada bukti menunjukkan data peribadi rakyat Bulgaria telah terjejas.
00:30Menurut beliau, maklumat yang diakses meliputi pelbagai sektor pentadbiran kerajaan termasuk dokumen kabinet, laporan rasmi dan komunikasi antara kementerian serta
00:39agensi kerajaan.
00:41Siasatan awal menunjukkan beberapa kumpulan penggodam antarabangsa dipercayai terlibat dalam operasi tersebut.
00:47Bagaimanapun, pihak berkuasa belum menemukan bukti yang mengaitkan serangan itu dengan mana-mana negara atau agensi perisikan asing.
00:54Insiden itu terbongkar selepas sistem pemantauan keselamatan saiber nasional yang baharu mengesan aktiviti mencurigakan pada bulan Ogos lalu.
01:03Siasatan kini melibatkan agensi perisikan, kementerian pertahanan, polis, pakar keselamatan saiber dan rakan antarabangsa termasuk agensi keselamatan saiber Kesatuan Eropah.
01:14Menurut Vasilev, semua sistem yang terjejas telah diasingkan, akses menggodam diputuskan dan perisian hasad berjaya disingkirkan.
01:23Pihak pendakwa raya turut dimaklumkan bagi menyiasat kemungkinan berlaku kelemahan kawalan keselamatan yang membolehkan pencerobohan itu tidak dikesan selama bertahun
01:33-tahun.
01:33Kes itu kini menjadi antara insiden keselamatan saiber terbesar yang pernah didedahkan di Bulgaria dan menyorot cabaran yang semakin meningkat
01:41terhadap keselamatan data kerajaan di seluruh dunia.

Recommended