• 6 days ago
KPM memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, rakaman kamera litar tertutup CCTV di kawasan kejadian kematian seorang murid tingkatan 3 di sebuah sekolah berasrama penuh
00:09di Kuala Kangsar, Perak telah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan.
00:14Menurut pendidikan, Datuk Suri Fadina Siddiq berkata rakaman CCTV berkenaan diperolehi daripada kamera yang disahkan berfungsi dengan baik.
00:23Beliau berkata berdah siasat oleh pihak forensik dijadwalkan berlangsung pada 9 pagi Khamis bagi membantu mengenalpasti punca kematian mangsa.
00:32Katanya KPM memberikan kerjasama penuh kepada polis di Raja Malaysia PDRM bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.
00:40Fadina juga memaklumkan telah mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan berhubung kejadian itu.
00:45Manakala pengarah Jabatan Pendidikan Negeri JPN Perak dan pengarah bahagian pengurusan sekolah berasrama penuh BPSBP turut berada di lokasi bagi
00:54menyelaras tindakan segera.
00:56Beliau berkata beberapa pentadbir dan guru sekolah berkenaan diberikan pelepasan tugas sementara bagi membantu kelancaran siasatan.
01:04Selain itu, jemaah Nazir akan hadir ke sekolah berkenaan bagi meneliti aspek pengurusan dan pematuhan tata cara keselamatan.
01:11Dalam usaha menjaga kesejahteraan warga sekolah, Fadlina berkata murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan dibenarkan pulang pada Jumaat ini.
01:20Manakala bantuan psikosocial turut diberikan kepada mereka yang terkesan.
01:25Beliau menegaskan KPM tidak akan berkompromi terhadap sebarang kecuaian atau pelanggaran tata cara keselamatan sekiranya perkara itu terbukti melalui hasil
01:35siasatan.

Recommended