00:00Telekom Malaysia TM terus memperkukuh kerudukannya dalam industri pusat data menerusi pelaburan strategik, kerjasama dan pembangunan infrastruktur mampan seiring peningkatan
00:10permintaan terhadap kesaling hubungan digital dan kecerdasan buatan AI.
00:14Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Amar Huzaimi Madderis berkata syarikat itu menceburi perniagaan pusat data seawal 2017 sekaligus meletakkan
00:24TM antara perintis dalam pembangunan kemudahan pusat data berskala besar di Johor.
00:31Beliau berkata ketika itu kapasiti antara 5 hingga 10 MW dianggap besar berbanding keperluan industri masa kini yang menyaksikan kapasiti
00:39sedemikian hanya mewakili sebahagian kecil daripada sebuah pusat data modern.
01:10Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
01:19Tegasnya TM menetapkan kriteria pelaburan yang ketat bagi pembangunan pusat datanya termasuk sasaran pulangan pelaburan serta memastikan kemudahan mencapai kadar
01:28penghunian yang tinggi sebaik sahaja mula beroperasi.
01:31Beliau berkata strategi itu membuahkan hasil positif apabila peningkatan kapasiti pusat data TM di Johor dan Lembah Kelang mendapat sambutan
01:39penuh malah kapasiti berkenaan telah ditempah sepenuhnya sebelum kemudahan itu siap.
01:44Sejak itu kumpulan berkenaan memperluas kapasiti pembangunannya daripada pusat data berkapasiti 20 MW kepada kemudahan berskala 200 MW disokong kerjasama
01:54strategik bagi mempercepatkan aspirasi pertumbuhannya.
01:58Antaranya termasuk usaha sama dengan Singtel menerusi TM and Saral Data Center di Johor yang fasa awalnya dijangka siap menjelang
02:06akhir tahun ini manakala blok pertama berkapasiti 64 MW dijadualkan siap pada suku kedua tahun depan.
02:12Menyentuh aspek kelestarian, Huzaimi berkata TM mengambil kira kesan operasi pusat data terhadap komuniti setempat dan alam sekitar dengan keperluan
02:21hijau diterapkan sejak peringkat reka bentuk dan perancangan.