00:00Syarikat kecerdasan buatan AI, OpenAI, memperkenalkan beberapa ciri keselamatan baharu pada platform ChatGPT bagi membantras, penghasilan, serta penyebaran bahan penderaan
00:12seksual kanak-kanak, CSAM dan eksploitasi dalam talian.
00:16Langkah proaktif itu memulihkan sistem memaparkan amaran pencegahan lebih awal serta menghalang pengguna daripada menjana, mencari atau mengakses bahan berunsur
00:26seksual melibatkan kanak-kanak.
00:31Menerusi lapisan keselamatan terbaharu itu, pengguna yang melanggar garis panduan platform akan diberikan amaran dan dikenakan sekatan akaun sementara selama
00:3924 jam.
00:41Manakala kesalahan berulang berisiko menyebabkan akaun digantung secara kekal.
00:46Selain itu, OpenAI turut melancarkan alat pengelas imej berasaskan AI yang berupaya mengenalpasti petunjuk visual berkaitan CSAM yang sebelum ini
00:57suka dikesan.
00:58Ia termasuk bahan palsu yang dijana menggunakan kecerdasan buatan.
01:04Menurut OpenAI, sistem pengesanan berkenaan dibangunkan dengan kerjasama Pusat Kebangsaan Bagi Kanak-kanak Hilang dan Dieksploitasi atau NCMEC
01:12serta ditawarkan secara percuma menerusi antara muka pengatur caraan aplikasi API kepada organisasi keselamatan yang ditapis.
01:21OpenAI berkata inisiatif itu mampu mengurangkan kadar pengesanan imej tidak berkaitan sebanyak 48% berbanding alat sedia ada
01:29di samping memberikan skor keutamaan yang membantu meringankan proses semakan manual oleh penyiasat.
01:34Dalam perkembangan sama, OpenAI turut menerbitkan panduan khusus buat pembangun aplikasi
01:40di samping menawarkan pemalam khas, alat analisis data serta latihan kepada agensi penguatkuasa undang-undang
01:46dalam usaha melindungi keselamatan kanak-kanak di alam saibah.
01:50Terima kasih telah menonton