• 4 minutes ago
Tindakan penyebaran minit mesyuarat itu sebagai satu bentuk penghinaan dan hasutan yang disengajakan sehingga membuka ruang kepada polemik mempersoalkan serta meremehkan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Category

🗞
News
Transcript
00:00UMNO memandang serius dan kesal terhadap tindakan penyebaran Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan
00:05berhubung pemohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
00:09khususnya oleh bekas Ahli Parlimen DAP Tony Pua menerusi akaun Facebook beliau.
00:15Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ashraf Wajidi Dusuki berkata
00:17pendedahan dokumen berkenaan menimbulkan persoalan.
00:20Sama ada proses penyah klasifikasian dan pendedahan Minit Mesyuarat itu
00:25telah mendapat perkenan yang dipertuan Agung.
00:30Beliau berkata kuasa pengampunan, pengurangan dan peringanan hukuman
00:33merupakan prerogatif yang dipertuan Agung seperti termaktub dalam perkara 42-1 Perlembagaan Persekutuan.
00:41Tegasnya, walaupun terdapat proses penyah klasifikasian dokumen,
00:45perkara yang menyentuh secara langsung prosiding lembaga pengampunan
00:48yang dipengerusikan yang dipertuan Agung,
00:51sewajarnya dirujuk terlebih dahulu kepada Baginda bagi mendapatkan perkenan.
00:56Beliau turut menyifatkan tindakan penyebaran Minit Mesyuarat itu
01:00sebagai satu bentuk penghinaan dan hasutan yang disengajakan
01:03sehingga membuka ruang kepada polemik, mempersoalkan serta meremehkan
01:08kuasa prerogatif yang dipertuan Agung.
01:11Sehubungan itu, UMNO mendesak kerajaan memberikan penjelasan segera
01:14berhubung proses, asas perundangan dan pihak yang meluluskan
01:18penyah klasifikasian Minit Mesyuarat berkenaan
01:21termasuk sama ada perkenan yang dipertuan Agung telah diperoleh.
01:24Beliau berkata sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang
01:27atau prosedia, tindakan tegas perlu diambil bagi mempertahankan
01:31kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu, keluhuran perlembagaan
01:35serta menghormati kuasa prerogatif yang dipertuan Agung.

Recommended