• 4 hours ago
Mahkamah Tinggi Shah Alam menegaskan larangan oleh JMB tidak ditolak sepenuhnya. Namun menurut Peguambela & Peguamcara, Tetuan Zulaikha Aini, Zulaikha Aini, sebarang tindakan yang melangkaui kuasa undang-undang termasuk menyekat akses pemilik atau mengeluarkan haiwan tanpa notis adalah tidak sah.
Transcript
00:00Seperti dalam keputusan ini yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sya'alam, perlu untuk saya tekankan bahawa mahkamah tidak menolak keseluruhannya.
00:11Maksudnya, mahkamah tidak mengatakan bahawa larangan yang dibuat oleh JNB itu secara keseluruhannya salah.
00:17Ini merupakan satu perkara yang perlu saya betulkan.
00:20Mahkamah telah menetapkan dan memutuskan bahawa larangan tersebut secara sebahagiannya adalah sah.
00:27Namun, apa bahagian yang tidak sah tersebut?
00:30Bahagian yang tidak sah tersebut apabila ianya melepasi batas undang-undang.
00:36Dalam hal ini, contohnya, JNB telah menyatakan bahawa mereka mempunyai hak untuk mengeluarkan haiwan tersebut tanpa sebarang notis kepada pemilik.
00:47Dan untuk kes ini secara spesifiknya, mereka telah menghalang pemilik daripada akses untuk memasuki bangunan tersebut.
00:57Jadi, perkara-perkara ini merupakan perkara-perkara yang telah dilihat oleh mahkamah sebagai tindakan-tindakan yang melepasi limit ataupun batas
01:07yang ditetapkan oleh undang-undang.

Recommended