00:00Projek laluan ril Pantai Timur, ECRL, dijangka menjadi pemangkin baru kepada pembangunan ekonomi Kelantan melalui peningkatan mobiliti rakyat, aktiviti perdagangan
00:10dan pelaburan.
00:11Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasruddin Daud berkata kemudahan ril itu diyakini mampu memperkukuh hubungan Kelantan dengan negeri-negeri lain
00:20selain membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat.
00:23Kerajaan negeri berharap ECRL akan memberikan manfaat besar kepada penduduk khususnya dari segi pembangunan, mobiliti dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
00:33Muhammad Nasruddin berkata apabila beroperasi kelak, ECRL bukan sahaja memindikkan masa perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Kelang, malah dijangka
00:41merancakkan aktiviti perniagaan, logistik dan pelaburan di negeri itu.
00:44ECRL dijadual memulakan operasi pada pertengahan Desember dengan masa perjalanan dari Gombak ke Kota Baru dianggarkan sekitar 4 jam.
00:55Terima kasih telah menonton!