00:00Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah terus diberi bantuan kewangan menerusi inisiatif
00:05perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional PTPTN termasuk bantuan awal RM1,500 dan
00:12pembiayaan dalam bentuk piasiswa. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi KPT Adam Adli Abdul Halim
00:18berkata menerusi wang pendahuluan pinjaman WPP ia membantu menampung perbelanjaan awal pengajian.
00:27Selain semua inisiatif yang dinyatikan, kita turut akan terus memperkukuhkan mekanisme bagi meringankan kos pendidikan
00:34serta kos sehari hidup pelajar terutama kepada pelajar yang berpendapatan rendah.
00:38Beliau menjawab soalan tambahan Dr. Abdul Ghani Ahmad P. Angelun yang mencadangkan Kementerian Pendidikan Tinggi KPT
00:44mewujudkan pusat sehenti bagi menyelaraskan bantuan pendidikan daripada agensi kerajaan, institusi zakat,
00:50Baitun Mal, Yayasan dan syarikat berkaitan kerajaan GLC bagi membantu pelajar B40 sebelum mendaftar ke IPT.
00:58Mengulas lanjut, Adam Adli berkata selain itu, biasiswa anak IKC PTPTN diperkenalkan untuk membantu pelajar
01:05daripada keluarga miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam pangkalan data IKC.
01:11Inisiatif itu menawarkan pembiayaan PTPTN dalam bentuk biasiswa kepada pelajar diploma dan ijazah sarjana muda
01:17sepenuh masa di IPTA yang layak. Antara lain ia menjadi antara usaha kerajaan
01:22memastikan ases pendidikan tinggi terus terbuka kepada golongan berpendapatan rendah
01:27selain mengurangkan beban kewangan graduan yang baru memasuki alam pekerjaan.