• 14 minutes ago
Ismail Lasim dilihat terus menjalankan tugas rasmi kerajaan negeri meskipun BN mengumumkan peletakan jawatannya yang masih tertakluk kepada perkenan istana.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Di sebalik persoalan mengenai kedudukannya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Ismail Lassim dilihat terus menjalankan tugas rasmi Kerajaan Negeri
00:09seperti biasa.
00:11Perkara itu berdasarkan dua hantaran terbaru di Facebook beliau yang dimuat naik pada Selasa dan Rabu.
00:17Pada Rabu, Ismail memuat naik hantaran mengenai pertemuannya bersama setiausaha bagian pengurusan sumber manusia yang baru, Akmal Abu Basar di
00:26Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
00:27Akmal menggantikan Zahiril Azwan Zulmuji yang akan berpindah ke Kementerian Pendidikan Malaysia.
00:34Sehari sebelum itu, Ismail turut merasmikan majlis graduasi tingkatan 5 Mahat Tafis As-Saadiah di Seremban.
00:43Kedua-dua hantaran itu bagaimanapun tidak menyentuh secara langsung kedudukannya sebagai Menteri Besar.
00:50Pada Isnin, Barisan Nasional mengumumkan peletakan jawatan Ismail.
00:53Surat peletakan jawatan bertarih 16 November telah diutuskan kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhris, Tuanku Munawir.
01:02Namun, Istana Negeri Sembilan menjelaskan peletakan jawatan itu hanya berkuatkuasa selepas mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku
01:11Muhris, Tuanku Munawir.
01:12Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended