00:00Malaysia dan Indonesia memberi tumpuan kepada usaha mempermudah perdagangan hasil pertanian di sempadan Sarawak, Kalimantan
00:07khususnya dalam menangani isu kelulusan ekspor yang dikatakan masih mengambil masa dan menjejaskan kelancaran aktiviti perdagangan.
00:15Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohd Sabu berkata,
00:20perkara itu antara fokus utama yang dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia.
00:30Kedua negara bersetuju bahawa kemudahan perdagangan melalui pintu sempadan rasmi perlu diperkukuh
00:35bagi membantu pengusaha dan komuniti yang bergantung kepada aktiviti perdagangan rentas sempadan.
00:39Mohd berkata pertemuan itu turut memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama dalam sektor pertanian dan perdagangan agromakanan antara kedua negara.
00:48Katanya, kedua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi ekspor beras dari Indonesia ke Malaysia berdasarkan keperluan pasaran, harga dan tahap
00:56daya saing.
00:57Beliau menjelaskan nilai perdagangan pertanian dua hala Malaysia dan Indonesia meningkat 16% pada 2005 kepada RM20.95 bilion berbanding
01:07RM18.06 bilion pada tahun sebelumnya.
01:11Peningkatan itu membuktikan potensi besar kerjasama yang masih boleh diterokai dalam usaha memperkukuh keterjaminan makanan dan memperluas pasaran agromakanan serantau.
01:21Beliau turut menegaskan Malaysia dan Indonesia mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan bekalan makanan rakyat terus terjamin demi kesejahteraan petani, pengusaha
01:30dan rakyat kedua-dua negara.