00:00Jenazah anggota polis Lance Corporal Muhammad Syahrul Alif Yaakob yang maut dalam nahas van polis di Lebuh Raya Utara Selatan
00:07selamat dikebumikan dengan penghormatan mengikut adat kepolisan di Tumpat Kelantan awal pagi Rabu.
00:14Jenazah Allahyarham diusung lapan anggota polis sebelum rakan setugas memberikan tabik hormat terakhir.
00:24Pengebumian berlangsung kira-kira jam 2 pagi di Tanah Pekuburan Islam Seri Tujuh berhampiran Kampung Tujuh.
00:30Terdahulu jenazah tiba di Masjid Mukim Tujuh pada jam 12.45 tengah malam.
00:36Ahli keluarga, sadara mara dan kenalan memberikan penghormatan terakhir sebelum jenazah disolatkan sekali lagi oleh kira-kira 100 jemaah.
00:44Allahyarham yang berusia 26 tahun meninggalkan isteri Nur Ilyani Abdul Aziz dan seorang anak lelaki berusia 6 bulan.
00:53Muhammad Syahrul Alif bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah dan merupakan seorang daripada 11 anggota yang menaiki van
01:00itu.
01:01Mereka dalam perjalanan ke Melaka untuk mengambil semula kenderaan yang dipinjamkan bagi kegunaan pilihan raya negeri Melaka.
01:08Nahas berlaku pada jam 11.35 pagi selasa di kilometer 352 Lebuh Raya Utara Selatan.
01:14Van itu dipercayai hilang kawalan sepas tayar belakang kirinya pecah sebelum merumpuh penghadang besi di tengah Lebuh Raya.
01:22Empat anggota polis lain cedera parah manakala enam lagi mengalami kecederaan ringan.
01:27Terima kasih telah menonton!
01:30Terima kasih telah menonton!