00:00Dan bila kita ada pelaburan-pelaburan yang memerlukan sumber yang besar seperti pusat data,
00:08kita mungkin boleh melihat bagaimana mereka boleh menyumbang kepada ketahanan lembangan sungai.
00:14Contohnya, berita yang saya rasa agak baik dua atau tiga minggu lepas adalah
00:20bila Google akan melabur lebih kurang RM61 bilion di Malaysia
00:27dan mereka juga telah memberi satu komitmen untuk membina pusat rawatan air di Sungai Linggi
00:35dan juga penyimpanan kolam penyimpanan air.
00:42Dan itu saya rasa agak luar biasa.
00:44Dan mereka juga mengatakan bahawa di tempat-tempat mereka juga melabur di Selangor,
00:50mereka boleh buat sambungan ke grid.
00:53Saya rasa bentuk-bentuk pelaburan yang berkualiti seperti itu yang kita perlu tarik
00:57kerana data center pun ada pelbagai kan, ada yang hyperscalers, ada yang berbentuk IKS.
01:04Jadi kita perlu melihat sekarang bagaimana industri dan pelaburan boleh menguatkan fungsi ekosistem
01:14di lembangan-lembangan yang strategik.