• 7 minutes ago
Menurut Anadolu Ajansi, saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi San Francisco itu mendakwa OpenAI sengaja menguji model AI yang berpotensi berbahaya dalam persekitaran tidak selamat dan mudah dieksploitasi, sekali gus mewujudkan risiko keselamatan siber yang boleh dijangka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Peguam negara California, Rob Bonta, memfailkan saman terhadap OpenAI pada Isnin waktu tempatan.
00:06Beliau mendakwa syarikat kecerdasan buatan AI itu membahayakan keselamatan awam apabila membangunkan dan menguji model AI tanpa mekanisme pelindungan, pemantauan
00:19atau pengawasan mencukupi.
00:22Menurut media antarabangsa, saman yang difilkan di Mahkamah Tinggi San Francisco itu mendakwa OpenAI sengaja menguji model AI yang persekitarannya
00:31mudah dieksploitasi sekaligus mewujudkan risiko keselamatan saibah yang boleh dijangka.
00:36Saman itu secara khusus merujuk insiden pada Julai 2026 membabitkan platform AI sumber terbuka Hugging Face yang menurut pihak berkuasa
00:45California berpunca daripada kelemahan kawalan keselamatan.
00:49Kata Bonta, insiden itu hanya satu daripada 80 yang lain diketahui berlaku.
00:57Sejak insiden itu, OpenAI dan pihak ketiga dilaporkan mengenalpasti beberapa insiden tambahan membabitkan akses tanpa kebenaran kepada sistem komputer serta
01:07serangan saibah yang dikaitkan dengan ejen AI autonomi yang masih dalam peringkat percubaan.
01:13Antara sasaran yang didakwa terlibat ialah pangkalan data mengandungi kod perisian, laman web maklumat serta pangkalan data kerajaan yang menyimpan
01:22maklumat kesihatan sensitif.
01:24Pejabat Peguam Negara California turut mendakwa ejen AI yang diuji itu turut berjaya menembusi sistem infrastruktur dalaman OpenAI sendiri.
01:33Menurut pejabat berkenaan, insiden itu menunjukkan risiko keselamatan saibah yang berterusan terhadap komputer dan rangkaian yang disambungkan ke internet.
01:43Bonta berkata California menyokong inovasi teknologi, namun syarikat perlu mengutamakan keselamatan awam dan mematuhi undang-undang.
01:51Terima kasih telah menonton!

Recommended