• 13 minutes ago
Syarikat pengkomputeran awan berpangkalan di Singapura, Megaspeed, disiasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat sejak 2024 berhubung kemungkinan pelanggaran peraturan kawalan eksport. Perkara itu didedahkan menerusi kenyataan bersama Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Syarikat pengkomputeran awan bermangkalan di Singapura Megaspeed disiasat sejak 2024 berhubung kemungkinan pelanggaran Peraturan Kawalan Ekspor Amerika Syarikat.
00:10Perkara itu didedahkan menerusi kenyataan bersama Jabatan Perdagangan dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Isnin.
00:19Pada Mei 2025, Penyiasat Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat meminta NVIDIA mengemukakan rekod transaksi penjualan kepada Megaspeed sama ada secara langsung
00:29atau melalui pihak ketiga.
00:31Sebulan kemudian, NVIDIA menyenaraikan Megaspeed rakan kongsinya di rantau Asia Pasifik ke dalam senarai syarikat yang dilarang menerima penjualan produknya
00:38No Sell List.
00:40Megaspeed sebelum ini menjadi perhatian susulan laporan mendakwa bekas ketua pegawai eksekutif NVIDIA Jensen Huang mempunyai hubungan sulit dengan ahli
00:48perniagaan Cina Alice Huang.
00:50Alice merupakan bekas eksekutif kanan Megaspeed yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan pengintipan Cina.
00:57Untuk rekod, Jensen Huang meletakkan jawatan daripada NVIDIA pada 12 November lalu.
Comments

Recommended