00:00Dato' Sri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Shenzhen, China bermula 18 hingga 20 November bagi
00:08menghadiri mesyuarat pemimpin ekonomi kerjasama ekonomi Asia Pacific Apex ke-33.
00:14Menurut Duta Besar Malaysia ke China, Dato' Norman Muhammad, lawatan itu turut merangkumi pertemuan dua hala antara Anwar dan Presiden
00:21China, Xi Jinping, selain siri pertemuan dengan pemimpin ekonomi Apex dan pemain industri utama.
00:27Anwar juga akan menyampaikan kenyataan negara pada mesyuarat pemimpin ekonomi Apex yang bertimakan Building an Asia Pacific Community to Prosper
00:36Together.
00:37Pada 20 November pula, beliau dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Xi Jinping bagi membincangkan kerjasama perdagangan dan pelaburan, projek
00:47laluan ril pantai timur ICRL, TVET, ekonomi digital, kecerdasan buatan semikonduktor, pelancongan serta kerjasama pelabuhan.
00:57Lawatan itu dilihat penting dalam meneruskan momentum hubungan Malaysia dan China.
01:02China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 17 tahun berturut-turut dengan nilai perdagangan dua hala mencecah RM541.5
01:12bilion pada tahun 2025.
01:15Selamat menikmati
01:16Terima kasih kerana menonton!