00:00Penukaran status tanah KL Selangor Chinese Assembly Hall, KLSCAH daripada komersial kepada institusi menjadi faktor utama pengurangan premium tanah bangunan
00:12warisan itu kepada RM1,000.
00:15Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hana Yeo berkata perubahan status berkenaan menyebabkan nilai komersial tanah itu berkurangan.
00:23Hana berkata keputusan itu dibuat selepas jawatan kuasa berkaitan meneliti permohonan rayuan yang dikemukakan pihak pengurusan bangunan berkenaan.
00:33Bangunan KL Selangor Chinese Assembly Hall merupakan bangunan warisan yang telah mendapat statusnya awal tahun 2007 kalau tak silap.
00:44Dan permohonan kerana mereka mempunyai lease 8 tahun lagi dan mereka telah meminta kerana mereka merupakan bangunan warisan dan yang
00:54paling penting adalah status permohonan mereka ditukar daripada komersial kepada institusi.
01:01Bila mereka tukar status tanah mereka, tanah itu sudah tidak bernilai seperti tanah komersial.
01:08Dia tak boleh naik kondo, dia tak boleh jadi shopping mall, dia hanya kekal sebagai sekarang bangunan warisan institusi.
01:16Isu pengurangan premium itu timbul selepas kerajaan meneluskan pembaharuan pajakan tanah KL SCAH selama 99 tahun dengan kadar premium nominal
01:27RM1,000 berbanding anggaran terdahulu kira-kira RM4.67 juta.