00:00Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur di BKL memperuntukkan RM27 juta untuk tahun depan bagi melaksanakan langkah mitigasi banjir kilat dengan
00:08sasaran mengurangkan jumlah kawasan hotspot daripada 14 kepada 10 lokasi atau lebih rendah.
00:14Menteri di Jabatan Pendana Menteri Widayah Persekutuan Hanayu berkata jumlah hotspot banjir di Ibu Negara berjaya dikurangkan daripada 31 lokasi
00:23bagi tempoh 2020 hingga 2022 kepada 14 lokasi setakat ini iaitu penurunan lebih 50%.
00:32Sebab kita tahu di kawasan bandar bila banjir datang memang kerosakan harta benda dan risiko kepada nyawa itu sangat tinggi.
00:42Jadi semua usaha yang telah dinyatakan merupakan usaha bersepadu dan berkala.
00:50Dia bukan oh monsoon timur laut nak datang baru kita buat kerja.
00:54Seperti yang telah dibentangkan usaha berterusan 3 tahun dan tahun ini kita ramp up lagi dengan 2 task force iaitu
01:02task force kawasan lapang untuk waterkan supaya kita jadi sponge city
01:06dan keduanya task force mitigasi banjir yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Azmi sendiri.
01:14Menurut Hana, pendekatan itu turut melibatkan kerjasama erat antara agensi serta kerjasama dengan Kerajaan Selangor.
01:21Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan pada Isnin.