00:00Sebuah kapal tangki membawa 10 kru warga Thailand yang dipercayai sedang menjalani ujian pelayaran tanpa kebenaran
00:07merempuh tebing darat di Taman Esplanet Marina Wing di Lumut pada Isnin.
00:13Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Khasbullah Abdul Rahman berkata
00:17kejadian itu dikesan pihaknya selepas satu video memaparkan insiden berkenaan tular di platform Threads kira-kira jam 10.45 pagi.
00:27Menurutnya, siasatan awal mendapati kapal berkenaan sebelum ini dikenali sebagai Fuji
00:33dipercayai bertukar pemilikkan kepada pemilik baharu dari Thailand dan didaftarkan semula dengan nama Midas di negara itu.
00:41Berdasarkan maklumat awal yang diperolehi daripada Jabatan Laut, kapal itu keluar pada malam sebelumnya bagi menjalankan ujian pemanduan Sea Trial.
00:51Ujian pemanduan itu dipercayai dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa berkaitan.
00:56Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas kapal telah dijalankan oleh Polis Daerah Manjung bersama agensi berkaitan.
01:05Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 10 kru berada di atas kapal berkenaan dan kesemuanya merupakan warga Thailand.
01:13Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca sebenar kejadian serta faktor yang menyebabkan kapal tangki melanggar tebing masih dalam siasatan.
01:22Hazbullah berkata pihak berkuasa berkaitan turut menjalankan pemeriksaan terhadap dokumen pendaftaran, kebenaran operasi serta perkara lain berkaitan pergerakan kapal tersebut.