00:00Kementerian Kesihatan Malaysia KKM mempertahankan langkah penyumberan luaran ke hospital swasta sebagai satu keperluan desak bagi menangani tekanan semasa di
00:10fasiliti kesihatan awam.
00:11Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad berkata, pendekatan tersebut diambil secara pragmatik bagi meredakan bebanan hospital serta kesesakan pesakit,
00:19sementara kerajaan giat membina kerangka penyelesaian jangka panjang.
00:25Meskipun, kalau kita mahu menangani cabaran semasa, firefighting yang saya hadapi setiap hari,
00:34iaitu hospital yang terbeban, masa menunggu yang panjang, ya bukan masa menunggu yang panjang, khasnya prosedur elektif.
00:42Semua itu menuntut saya untuk menyelesaikan masalah itu, satu yang sifatnya jangka dekat,
00:48berbanding apa yang saya mahu bina sebagai satu jangka jauh, yakni dana kesihatan nasional itu.
00:56Jadi kita perlu faham apa yang menjadi bebanan kepada fasiliti kami dan juga apa yang menjadi tuntutan rakyat.
01:04Patient experience yang dengan izin, pengalaman pesakit dalam fasiliti-fasiliti kami.
01:10Sebab itu kita meletakkan penyumber luaran itu penting, timaran yang dipertua.
01:15Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tanjung Karang,
01:21Datuk Dr. Zulkah Peri Hanapi yang meminta penjelasan KKM berhubung langkah penyumberan luaran ke hospital swasta
01:29dan skim media asas yang dianggap sekadar kawaran kos jangka pendek,
01:34bukannya penyelesaian struktur kepada kekangan bajet kementerian.
01:38Tambah Zulkifli perlaksanaan 14 inisiatif di bawah Hospital Service Outsourcing Program
01:44terbukti memberikan impak positif dan kelegaan segera kepada rakyat.
01:49Beliau turut menekankan pembinaan prasarana kritikal kesihatan seperti pursat kardioterasik
01:55mustahil dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.
01:58Justru KKM mengambil pendekatan serampang dua mata dengan memanfaatkan penyumberan luaran
02:04bagi menampung tuntutan semasa sambil merangka penggumbalan Akta Dana Kesihatan Nasional atau DKN
02:12yang disasalkan menjelang tahun 2029 demi kemampanan jangka panjang sistem kesihatan negara.
02:19Terima kasih telah menonton!