Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Malaysia kini berada di kedudukan ke-27 dalam IMD World Digital & AI Ranking 2026, namun sejauh mana pembangunan bakat dan modal insan berkembang seiring dengan kemajuan ekonomi digital negara?
Transcript
00:01Baik, perbincangan seterusnya kita ingin bawakan ke niaga awal ni pada waktu ini
00:06di mana Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya dalam ekonomi digital
00:10bila berada di tangga ke-27 dalam IMD World Digital dan AI Ranking 2026
00:16sekaligus meletakkannya antara negara terbaik di ASEAN
00:19Namun persoalan paling penting untuk kita lihat hari ini
00:22di mana bukan sekadar mengenai kedudukan dalam ranking global
00:26tetapi sama ada pembangunan bakat dan juga modal insan negara berkembang
00:30seiring dengan kepatasan transformasi digital yang kita katakan ini
00:34dan dalam usaha Malaysia memanfaatkan peluang ekonomi digital dan juga kecerdasan buatan AI
00:39yang mungkin disebut sebagai superintelijen yang dikatakan oleh mereka itu
00:43sejauh mana negara mempunyai bakat dan juga kemahiran ekosistem pendidikan
00:48yang mencukupi untuk menyokong cita-cita tersebut
00:51dan bersama dengan saya pada waktu ini secara dalam talian Prof. Dr. Syedatul Akman Mohamad
00:57Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik IPSC University Science Malaysia USM
01:03Assalamualaikum Prof
01:06Waalaikumsalam, apa khabar Hafiz?
01:08Baik, terima kasih Prof kerana bersama dengan saya pada waktu ini
01:10saya rasa ini satu topik penting untuk kita bercakap dan juga merupakan satu perkara
01:15yang perlu kita look forward dari segi soal bakat
01:17kalau kita bercakap soal peningkatan ataupun kedudukan ranking yang baik itu
01:21kita perlu juga melihat dalam segmen yang lain iaitu pembangunan bakat
01:25adakah pembangunan bakat ini bergerak seiring dengan apa yang kita katakan
01:30selari dengan ranking yang kita katakan ini
01:32dan kalau kita lihat balik kepada kedudukan Malaysia di tangga ke-27 dalam IMD World Digital and AI ini
01:37dan kalau kita lihat dari perspektif ekonomi
01:40sejauh mana kedudukan ini mencerminkan daya saing sebenar Malaysia dalam ekonomi digital global
01:46kalau boleh kita mulakan dengan persoalan ini Prof
01:49Baik, terima kasih
01:50kalau kita lihat ya kedudukan ke tangga ke-27 ini sudah pasti meletakkan Malaysia di satu posisi yang sangat baik
01:57iaitu kita telah bersedia dalam memastikan bahawa kita seiring dengan perubahan teknologi
02:03dan juga dengan keperluan ekonomi semasa
02:06ini meletakkan kita sebagai salah satu daripada pemimpin dunia ataupun pemimpin ASEAN
02:12kita kedua selepas Singapura
02:14dan menunjukkan bahawa keyakinan pelabur terhadap negara juga telah meningkat
02:18dan pelabur-pelabur yakin bahawa Malaysia mempunyai kapasiti untuk bersaing di peringkat antarabangsa
02:25dalam memastikan bahawa produktiviti kita, pengeluaran kita adalah seiring dengan apa yang diperlukan di peringkat global
02:32dan bila kita lihat ya kedudukan ini juga adalah seiring dengan pelan di peringkat negara
02:38yang mensasarkan untuk Malaysia menjadi sebuah negara pemacu AI by tahun 2030
02:43dan ini sepatutnya dan seharusnya disokong dengan bakat
02:47bila kita bercakap dengan bakat ini, kita bercakap mengenai pelajar-pelajar di peringkat sekolah
02:53pelajar-pelajar di peringkat universiti awam maupun di universiti-universiti swasta
02:57jadi mereka ini seharusnya dibimbing dan dengan bimbingan yang sepatutnya
03:02dan ini akan terus meningkatkan peryakinan pelabur
03:06dan memastikan bahawa mereka ini bersedia untuk melabur
03:10kerana kita bergantung kepada pelaburan ini
03:12pelaburan ini bukan sahaja untuk teknologi
03:15bukan sahaja untuk pengeluaran
03:18tetapi juga untuk memastikan bahawa bakat ini bergerak seiring
03:22tidaklah kata kita ada kita punya infrastruktur
03:25kita ada kita punya pelaburan
03:27tetapi bakat-bakat yang ada ini tidak mampu untuk mengisi jurang-jurang sedia ada
03:32so secara tidak langsung ingin meletakkan Malaysia di mata dunia
03:36mengatakan bahawa kita mampu, kita bersedia, kita seiring
03:41dan kita sudah pastinya bersama-sama dengan negara-negara lain
03:45dalam memacu industri berteknologi tinggi
03:48ok Prof, kalau kita bercakap soal target kita kepada tahun 2030
03:53ini tak lama dah sekarang, dah 2026, dah hujung-hujung nak masuk 2007
03:57kita ingat lagi 3 tahun sahajalah untuk menuju kepada tahap itu
04:00tapi secara realitinya Prof, kalau kita cakap soal itu
04:03sasaran kita kepada 2030 dan nak dikaitkan dengan pembangunan bakat di Malaysia
04:08secara realitinya adakah kita punya pembangunan bakat itu berkembang dengan kadar yang sama
04:12dengan pertumbuhan yang kita nyatakan ini Prof?
04:15kalau kita lihat di peringkat Universiti Awam, sememangnya kita menyediakan bakat kita ini
04:22seiring dengan perubahan teknologi dan juga keperluan industri
04:26kalau kita lihat dari segi pembangunan kurikulum itu sendiri
04:30pembangunan kurikulum mengikut MQA perlu melibatkan industri
04:35industri perlu terlibat di dalam pembangunan kurikulum
04:38apabila kurikulum itu telah berjalan untuk satu tempoh masa
04:41sebagai contoh, setiap 5 tahun kurikulum ini perlu disemak semula
04:46dan semakkan semula kurikulum ini perlu mendapatkan input daripada industri
04:51di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai contoh ya
04:54Saudara Hafiz, kita memang meletakkan keperluan dan juga kepentingan
04:59bekerjasama dengan pihak industri
05:01di peringkat KPT, kita ada satu KPI yang kita letakkan
05:05iaitu industri di dalam universiti dan juga universiti di dalam industri
05:10ini untuk memastikan bahawa bakat-bakat kita bukan sahaja
05:14mempelajari teori di dalam kelas ataupun di dalam dewan kuliah
05:18tetapi dapat mengaplikasikan teori-teori tersebut di dalam industri
05:23antaranya kita tahu bahawa kita ada program MRI 3
05:27yang melibatkan latihan industri untuk graduan-graduan
05:30dalam bidang elektrik dan elektronik
05:32yang akan pergi ke luar sana, akan pergi ke industri
05:35belajar menimba pengalaman
05:37kita juga ada program-program
05:40seperti latihan industri yang memastikan bahawa pelajar-pelajar
05:43dapat mengaplikasikan teori mereka di peringkat industri
05:48kita tahu bahawa pelajar ini perlu didedahkan
05:51kepada apa yang kita katakan sebagai
05:54pembelajaran berasaskan pengalaman
05:57ataupun experiential learning
05:59belajar dalam kelas sahaja tidak cukup
06:01kita kena belajar juga macam mana hendak mengaplikasikan
06:05pembelajaran tersebut dalam kaedah dunia sebenar
06:08sebab itulah kerjasama di antara universiti dan industri ini sangat penting
06:12kita juga ada program yang kita panggil
06:15service university ataupun service learning university
06:18ataupun sulam
06:19yang menggunakan kursus-kursus di dalam dewan kuliah
06:22dan memastikan bahawa pelajar dapat ke komuniti
06:26ataupun kepada industri
06:28memahami apakah keperluan industri untuk mereka selesaikan
06:32dan untuk mereka bekerjasama mengaplikasikan semula teori
06:36secara tidak langsung dengan adanya digitalisasi
06:40maka ini dapat merealisasikan
06:42apa yang kita aspirasikan
06:44maksudnya pelajar boleh menggunakan aplikasi digital di dalam kelas
06:48dan dapat mendapatkan pengalaman merentas benua
06:52kita juga ada konsep yang kita panggil global classroom ya saudara Hafiz
06:56yang mana pelajar bukan sahaja belajar dengan peers ataupun rakan-rakan
07:00di dalam universiti mereka
07:02tetapi juga dapat belajar dengan rakan-rakan di universiti luar
07:06daripada universiti mereka sama ada dalam negara
07:08ataupun luar negara
07:10aplikasi yang sama menggunakan digitalisasi dan teknologi ini
07:14dapat kita setarakan di peringkat industri
07:17jadi industri tidaklah kata terpisah langsung daripada universiti
07:22mereka memang bekerjasama dengan universiti untuk melahirkan bakat
07:27mengikut keperluan industri dan juga perubahan pasaran buruh semasa
07:32ok Prof adakah ini menjadi faktor utama dalam perbincangan kita
07:36yang menghalang sebenarnya Malaysia daripada melonjak lebih tinggi
07:39dalam ranking daya saing digital global ini
07:42atau mungkin ada faktor-faktor lain yang mungkin Prof boleh kongsikan dengan kita
07:47kalau kita lihat kenapa lepas kita dah train kita punya bakat
07:51kan ada juga bakat-bakat kita ini yang tidak tinggal di Malaysia
07:55mereka ini banyak bekerja di luar negara
07:58dan kalau kita lihat migrasi ya
08:00migrasi pekerja-pekerja mahir dan separuh mahir di Malaysia ini
08:04adalah lebih tinggi daripada migrasi di peringkat global
08:08kenapa ini berlaku
08:09ini kerana mereka merasakan bahawa gaji ataupun tingkat upah yang diberikan
08:15adalah tidak setanding dengan mereka punya keupayaan ataupun kapasiti
08:19jadi bagaimana kita hendak menggunakan digitalisasi ataupun teknologi tinggi ini
08:25untuk memastikan bakat-bakat ini dapat menyumbang semula kepada ekonomi
08:30satu konsep yang sedang berleluasa sekarang ini kita panggil sebagai ekonomi ataupun pekerja nomad
08:37yang mana pekerja tidak semestinya berada dalam satu negara tetapi boleh berada di mana-mana negara
08:44menggunakan komputer, laptop, teknologi, digitalisasi untuk memastikan bahawa kerja-kerja mereka memberikan impak
08:53dan ini dapat meningkatkan produktiviti
08:55so ini adalah salah satu cara yang boleh kita gunakan supaya kita punya bakat
09:00yang merasakan persekitaran pekerjaan di Malaysia tidak conducive dapat memberikan impak
09:07ataupun memberikan balik semula dia punya pengetahuan dan juga skill
09:11dan kita juga perlu memastikan bahawa mereka ini mendapat manfaat yang bersama
09:16memastikan bahawa bila mereka kembali ke Malaysia
09:19sudah pastilah kita pastu memberikan dia punya apa kata gaji yang setimpal
09:26sebenarnya benda ini dia macam chicken and egg lah ya saudara Hafiz
09:30sebab kalau kata mereka ini balik dan gaji yang diberikan lebih tinggi
09:34maka ini sudah pasti akan memberikan pulangan yang positif kepada KDNK
09:39kerana ini akan meningkatkan perbelanjaan, akan meningkatkan penggunaan, pelaburan
09:44maupun simpanan itu sendiri
09:46so tidaklah kata sekiranya mereka ini kita lepaskan di luar sana
09:51kita tak boleh nak bawa mereka
09:53dengan adanya digitalisasi mereka ini kita boleh hubungkan semula
09:57dengan keperluan-keperluan di peringkat tenaga buruh kita
10:01dan juga di peringkat ekonomi
10:03baik Prof, Prof dah menggambarkan dan juga ceritakan kepada kita
10:06soal set of skill yang ada
10:08kalau kita nak senaraikan itu banyaklah set of skill yang perlu ada dalam zaman sekarang
10:12tapi dalam era AI secara spesifiknya
10:14apa kemeheran yang paling kritikal yang perlu ada oleh tenaga kerja Malaysia
10:19untuk kita lihat mereka ini kekal relevan satu perkara dan juga berdaya saing
10:25mungkin zaman saya belajar dulu set of skillnya berbeza untuk keperluan pada waktu itu
10:28tapi hari ini berbeza
10:30tapi kita nak cari dan juga cari satu perkara penting
10:33yang patut dan perlu ada dan mereka perlu mahir untuk kekal berdaya saing ini Prof
10:38ya Saudara Hafiz sebab sekarang ini AI ini merata-rata kan semua orang menggunakan AI
10:44AI ini ialah satu tool ataupun satu alat
10:47kita tak nak melahirkan bakat berjiwa robot
10:51kita tak nak mereka ini hanya bergantung kepada jawapan ataupun apakah respon yang diberikan oleh AI
10:58kita hendak membentuk jiwa bakat
11:01kita nak membentuk dia punya value ataupun nilai
11:04inilah perkara yang kita cuba bangunkan
11:07pemikiran yang analitik, pemikiran yang responsif
11:10menggunakan respon daripada AI itu untuk menjadikan dia sebagai satu output yang bermakna
11:18kita tidak mahu AI itu mempengaruhi manusia
11:21kita hendak manusia ini yang mempengaruhi AI
11:24macam mana kita nak terapkan ini
11:26kita hendak pastikan pembelajaran di peringkat sekolah
11:30di peringkat universiti
11:31ataupun mana-mana institusi pendidikan tinggi ini
11:35mengajar kita punya pelajar cara berpikiran secara kreatif
11:39kritis dan juga analitik
11:41kita hendak melahirkan insan dengan nilai kemanusiaan
11:45ini yang ditekankan di dalam rancangan pendidikan tinggi Malaysia RPTM
11:50bahawa kita hendak humanity centric individual
11:54ini yang kita cuba terapkan
11:56penggunaan AI secara beretika
11:59penggunaan AI secara bertanggungjawab
12:03mempunyai accountability
12:04bukan setakat beri prom
12:06dan berikan prom itu kepada majikan
12:09ataupun kepada pensyarah
12:11kita tak nak
12:11so inilah skill yang diperlukan
12:14untuk kita punya graduan
12:15kita punya pelajar
12:16yang perlu dipupuk dan perlu diasah
12:19daripada peringkat awal lagi
12:21iaitu nilai yang boleh membezakan
12:24di antara seorang manusia
12:26dan juga sebuah robot
12:27kita perlukan robot untuk menggerakkan produktiviti
12:30tetapi manusia itu perlu menjadi pemangkin
12:34kepada keperluan tersebut
12:36ok, baik Prof
12:37saya perlu acknowledge Prof juga sebagai seorang pensyarah
12:39di School of Social Science
12:45Pusat Pengajian
12:46Sains Kemasyarakatan
12:47USM
12:48ini saya nak kaitkan dengan perspektif sains sosial
12:50kalau kita lihat transformasi digital ini
12:53adakah transformasi yang kita katakan ini
12:55bersikul wujudkan jurang
12:56antara mereka yang ada kemahiran digital
12:59yang kita katakan ini
13:00kita dah persiapkan ini
13:02dengan mereka yang tak ada kemahiran ini
13:05ada jurang atau bagaimana kita nak tangani perkara ini
13:08Prof
13:08betul, sebenarnya memang ada jurang ya
13:11Saudara Hafiz
13:12sebab sebenarnya jurang ini
13:13telah pun bermula sejak dulu lagi
13:15dan bila kita berhadapan dengan COVID-19
13:19jurang ini menjadi semakin ketara
13:22sebab itulah pada ketika itu
13:24kita telah perkenalkan satu konsep yang baru
13:26yang kita panggil sebagai
13:28kemiskinan digital
13:29ataupun digital poverty
13:31kerana kita tahu bahawa
13:33ada mereka yang terpisah
13:35bukan sahaja dari segi
13:37pendapatan untuk membeli
13:39keperluan ataupun alatan digital
13:41tetapi juga mereka terpisah dari segi infrastruktur
13:44so jurang itu ada
13:46sebagaimana kita hendak merapatkan jurang tersebut
13:49antaranya adalah memberikan
13:51pendedahan latihan secara inklusif
13:54kepada semua
13:55sama ada peringkat umur
13:57lokality
13:58daripada bandar, luar bandar
14:00daripada pelbagai program yang sedang
14:02dipergiatkan dan diperlakukan oleh
14:04kerajaan sekarang
14:05kita tahu bahawa
14:07dengan adanya alat sahaja
14:09tidak cukup tanpa infrastruktur
14:11dengan adanya infrastruktur sahaja
14:14tidak cukup tanpa alat
14:15kalau ada dua-duanya
14:17tanpa penggunaan yang tepat
14:19penggunaan yang baik
14:20penggunaan yang bertanggungjawab juga
14:23adalah tidak cukup
14:24so jurang itu ada
14:26tetapi kita sekarang dalam proses
14:28untuk merapatkan jurang tersebut
14:30sebagai contoh
14:31bila tahu bahawa di setiap sekolah
14:33ada makmal-makmal komputer
14:35ada juga sesi-sesi
14:37penggunaan komputer
14:38dan juga pengenalan kepada AI
14:40pendedahan itu perlu diberikan
14:43di peringkat awal
14:43di universiti juga kita tahu bahawa
14:46sebagai contoh
14:46memang universiti dan juga KPT
14:48menyediakan tablet
14:50percuma kepada mereka
14:51yang berpendapatan rendah
14:53untuk memastikan bahawa
14:55mereka-mereka ini tidak terpisah
14:57ataupun tidak tertinggal jauh ke belakang
15:00daripada mereka yang
15:01berpendapatan sederhana
15:02dan juga tinggi
15:03kita perlu merapatkan jurang tersebut
15:06merapatkan jurang
15:07bukan sahaja dari segi
15:09penggunaan peralatan
15:10tetapi juga dari segi
15:12mentaliti
15:13penggunaan teknologi
15:14dan juga AI tersebut
15:16baik terima kasih Prof
15:17saya fikir itu jawapan yang cukup
15:18konkret dan juga membina
15:20untuk kita faham bagaimana
15:21peningkatan ranking
15:22atau perkedudukan ini
15:23perlu dilihat juga
15:25kepada peningkatan bakat
15:26yang semakin menjadi keperluan
15:28yang mendesak
15:28dan juga talent pool
15:30yang kita ada di Malaysia ini
15:31adalah cukup luas
15:32dan cukup besar
15:33berkemahiran
15:34berpengalaman
15:34dan juga mampu
15:36memenuhi setiap keperluan industri
15:37yang ada dalam negara kita
15:39sekali lagi saya nak ucapkan
15:40terima kasih kepada
15:40Prof. Dr. Saidatul Akhmal Muhammad
15:43pengarah pusat
15:43perancangan institusi
15:45dan strategik IPSC
15:46Universiti Sains Malaysia
15:48USM
15:49terima kasih Prof
15:50terima kasih Zara Hafiz
15:52baik lebih banyak
15:53berbincangan dan juga
15:54analisis kita akan bawakan
15:55kepada anda di Astro Awani
15:56dan juga aplikasi Astro Awani.com
15:58saya Kar Hafiz
15:59terjumpa lagi
16:00Assalamualaikum

Recommended