00:00Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Magistrat Butterworth pada Jumaat
00:04di atas pertuduhan membunuh lelaki warga emas yang juga pemandu teksi dalam kejadian Oktober lalu.
00:12Tertuduh S. Ganesan, 41 tahun, dituduh membunuh Harun Chua Abdullah, 73 tahun,
00:19antara jam 2 pagi hingga 4 pagi di Jalan Tun Hamdan, Syek Tahir,
00:24hingga Jalan Permatang Pak Elong, Kepala Batas pada 8 Oktober lalu.
00:29Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
00:35Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun
00:41dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dihukum mati.
00:49Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:54Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.
00:57Magistrat Aini Adilah Mohamad Faizal kemudiannya menetapkan 18 Disember ini
01:03untuk laporan kimia dan patologi.