Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Puluhan ribu rakyat Republik Czech berhimpun di ibu negara, Prague, pada Ahad bagi membantah rancangan kerajaan memansuhkan yuran penyiaran awam dan memindahkan pembiayaan media kepada belanjawan negara.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Puluhan ribu rakyat Republik Chat berhimpun di ibu negara Prag pada ahad bagi membantah rancangan kerajaan memansuhkan yuran penyiaran awam
00:08dan memindahkan pembiayaan media kepada belanjawan negara.
00:12Cadangan itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengkritik yang berpendapat langkah berkenaan boleh menjejaskan kebebasan serta kelansungan operasi penyiar awam negara
00:22itu.
00:24Penganjur mendakwa jumlah kehadiran pada demonstrasi berkenaan sudah mengatasi himpunan anti-kerajaan pada Mac lalu yang disertai lebih 200 ribu
00:33orang.
00:34Mereka turut menjangkakan perhimpunan itu berpotensi menjadi demonstrasi terbesar sejak revolusi Velvet pada 1989 yang menamatkan pemerintahan komunis di negara
00:44berkenaan.
00:44Peserta memenuhi Taman Letna yang menghadap ibu negara Prag manakala beberapa stesen kereta api bawah tanah berhampiran turut sesat dengan
00:53kehadiran orang ramai.
00:54Antara yang menyampaikan ucapan pada perhimpunan itu ialah golongan pelajar, anggota tentera dan bekas aktivis pembangkang yang pernah menandatangani inisiatif
01:03Charter 77.
01:05Pengkritik turut menyambarkan cadangan undang-undang berkenaan dengan perubahan dasar media di Hungary ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri Viktor Orban
01:13yang menyaksikan pembentukan rangkaian media pro kerajaan di negara itu.
01:18Di bawah draft berkenaan, kerajaan bercadang memansuhkan yuran penyiaran bulanan sebanyak 205 korona atau $9.26 yang dikenakan terhadap setiap
01:28isi rumah dan ketika ini menjadi antara sumber pembiayaan media awam.
01:32Selain itu, cadangan pengurangan peruntukan sebanyak 15% dijangka menyebabkan bajet nominal penyiaran televisyen kembali ke paras 2008
01:41manakala peruntukan radio menyusut ke tahap 2005.
01:45Pihak media menyifatkan pengurangan itu sebagai tidak praktikal dan boleh menjejaskan keupayaan operasi penyiar awam.

Recommended