00:00Pertumbuhan ekonomi rantau kerjasama ekonomi Asia Pasifik APEC diunjung mencecah 3.4% pada 2026.
00:08Ia meningkat daripada unjuran awal pada 3.2% disokong pelaburan teknologi kukuh serta aktiviti perdagangan yang lebih rancak.
00:22Bagaimanapun, pertumbuhan dijangka menyederhana kepada 3.1% pada 2027 di tengah-tengah cabaran ekonomi yang semakin meningkat.
00:30Ini termasuk harga tenaga lebih tinggi, ketegangan geopolitik, ketidakpastian dasar perdagangan serta keadaan dasar monitori lebih ketat.
00:39Menurut laporan terkini dikeluarkan unit sokongan dasar APEC, daya tahan ekonomi rantau ini disokong oleh pelaburan dan perdagangan kukuh dalam
00:47bidang berkaitan teknologi.
00:49Perdagangan barangan menjadi penyumbang utama kepada prestasi ekonomi rantau ini dengan nilai ekspor melonjak sebanyak 22.5% berbanding tahun
00:58sebelumnya pada separuh pertama 2026 berbanding 6.5% dalam tempoh yang sama tahun lepas.
01:05Jumlah ekspor turut berkembang sebanyak 10.8% disokong permintaan kukuh terhadap semikondukta.
01:12Namun, momentum perdagangan itu dijangka perlahan memandangkan gangguan geopolitik dan ketidakpastian berhubung dasar terus menjejaskan perdagangan global.
01:22Mesyuarat pemimpin ekonomi APEC ke-33 akan berlangsung di Shenzhen, wilayah Guangdong pada 18 dan 19 November.