Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Institusi Rukun Tetangga disaran beralih daripada sekadar penganjur aktiviti kepada penggerak pembangunan komuniti yang lebih strategik menerusi tadbir urus baik, transformasi digital dan penglibatan belia.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Institusi Rukun Tetangga atau RT perlu bergerak seiring perubahan semasa dengan berperanan sebagai penggerak pembangunan komuniti dan bukan sekadar menganjur
00:09aktiviti kemasyarakatan.
00:11Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Nur Zahirudin Amin Husin berkata kejayaan sesebuah kawasan Rukun
00:20Tetangga perlu diukur berdasarkan impak yang dibawa kepada masyarakat.
00:25Menurut beliau, takbik urus yang berkesan dan pengurusan yang profesional menjadi asas penting dalam memastikan institusi RT terus relevan dan
00:34diyakini masyarakat.
00:35Beliau turut menekankan keperluan memanfaatkan transformasi digital bagi meningkatkan kecekapan pengurusan data, pelaporan dan pemantauan program.
00:44Selain berperanan dalam aspek perpaduan, RT juga dilihat berpotensi menjadi pemangkin pembangunan ekonomi setempat melalui latihan kemahiran, keusahawanan dan kerjasama
00:55strategik dengan pelbagai pihak.
00:57Nur Zahirudin berkata penyertaan golongan belia, wanita dan profesional dalam kepimpinan RT perlu diperluaskan bagi memperkukuh kepimpinan komuniti masa hadapan.
01:07Beliau turut mengingatkan bahawa cabaran keselamatan komuniti kini bukan sahaja melibatkan isu jenayah konvensional tetapi juga penipuan dalam talian, keselamatan
01:17digital dan pengurusan bencana.
01:20Justeru RT perlu terus mainkan peranan sebagai platform perpaduan yang mampu meningkatkan kesejahteraan dan daya tahan masyarakat setempat.
01:28Terima kasih telah menonton!

Recommended