Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Lawatan beliau selaku Presiden Perancis ke Kemboja dari 14 hingga 16 November itu akan memberikan tumpuan kepada usaha memperbaharui dan memperdalam hubungan dua hala, khususnya dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan penjagaan kesihatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dengan Raja Kemboja, Norodom Sihamoni, di Penumpet pada Ahad.
00:07Ia berlangsung sempena lawatan tiga hari beliau ke negara Asia Tenggara itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak Francophonie ke-20.
00:17Sidang Kemuncak itu menghimpunkan wakil daripada 90 negara dan kerajaan dengan tema
00:22Melabur semula dalam keamanan demi kemakmuran bersama dan kestabilan mampan.
00:27Sebelum mengadakan perbincangan di Istana Diraja, Macron dan Raja Norodom Sihamoni memeriksa kawalan kehormatan dalam suasana yang sarat dengan adat
00:37istiadat.
00:38Macron turut meletakkan kalungan bunga di Tugu Kemerdekaan serta dipatung mendiang Raja Bapa Kemboja, Norodom Sihamoni, di Penumpet.
00:46Lawatan ke Kemboja itu antara lain menumpukan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang infrastruktur, tenaga, penjagaan kesihatan, pengangkutan, pertanian dan pemeliharaan
00:56warisan.
00:57Selain menegaskan semula hubungan lama antara kedua-dua negara yang bermula sejak Perjanjian Damai Paris 1991.
01:05Beliau seterusnya akan ke Kuala Lumpur pada Isnin yang menandakan lawatan pertamanya ke Malaysia sejak 2017.
01:12Lawatan itu dijangka membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia-Perancis dengan kedua-dua negara bakal meningkatkan hubungan yang telah lama
01:20terjalin kepada perkongsian strategik.
01:22Tumpuan diberikan kepada pertahanan dan keselamatan, mineral kritikal, peralihan tenaga, aeronautik dan angkasa lepas, kecerdasan buatan AI, keselamatan saiber serta
01:34semi-kondukta.
01:35Lawatan itu merupakan kesinambungan momentum yang terhasil daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis pada Julai
01:432025.
01:44Perancis pada Julai 2021.

Recommended