Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia merekodkan kira-kira 254.89 hektar kawasan di Kalimantan Tengah masih belum berjaya dipadamkan setakat Sabtu (14 November 2026).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan Tengah masih memerlukan tindakan pemadaman secara intensif apabila kira-kira 254 hektare kawasan masih
00:12belum berjaya dipadamkan setakat Sabtu.
00:15Memetik kompas, rekod dicatatkan Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB Indonesia itu adalah berdasarkan laporan Pusat Operasi Kawalan BNPB bagi tempoh
00:267 pagi Sabtu hingga 7 pagi Ahad.
00:31Pemangku Ketua Pusat Data Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB Berton SP Panjaitan dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan daripada keseluruhan kawasan
00:41itu, pasukan petugas berjaya memadamkan kebakaran di kira-kira 17 hektare melibatkan 5 lokasi manakala kira-kira 254 hektare lagi
00:50di 21 lokasi masih belum dipadamkan.
00:53Selain Kalimantan Tengah, BNPB turut melaporkan operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah di beberapa wilayah lain.
01:01Operasi pemadaman yang dijalankan melalui operasi darat dan udara itu memabitkan pelbagai pihak termasuk agensi pengurusan bencana daerah, tentera nasional
01:10Indonesia, Polis Republik Indonesia, pasukan pepadam kebakaran hutan, anggota bomba serta agensi berkaitan.
01:17Semua lokasi kebakaran yang dikenalpasti dalam operasi pada Jumaat lalu berjaya dipadamkan.
01:23BNPB mengingatkan kerajaan tempatan dan masyarakat supaya meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan bencana termasuk kebakaran hutan dan tanah.
01:32Terima kasih telah menonton!

Recommended