Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kerajaan Selangor akan membentangkan Kertas Putih AI bagi menjadi panduan penggunaan kecerdasan buatan secara bertanggungjawab. Inisiatif itu turut menekankan literasi digital dan pemikiran kritikal dalam kalangan rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Negeri Selangor bakal membentangkan gertas putih kecerdasan buatan AI awal tahun depan sebagai panduan penggunaan teknologi tersebut secara lebih
00:08bertanggungjawab dan beretika.
00:11Menjubah Selangor, Datuk Seri Amiruddin Syari berkata inisiatif itu bertujuan membentuk cara berfikir masyarakat serta memastikan rakyat tidak bergantung sepenuhnya
00:19kepada kecerdasan buatan dalam kehidupan seharian.
00:24Menurut Amiruddin, aspek literasi digital dan pemikiran kritikal turut akan diterapkan dalam program pemberian 50,000 akses AI percuma melalui
00:34kerjasama dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor atau STDC.
00:39Dalam perkembangan sama, beliau menekankan kepentingan penguasaan teknologi digital dalam memperkukuh sistem pendidikan negara.
00:46Menurutnya, teknologi bukan sahaja mampu mempercepat proses pembelajaran tetapi turut memastikan akses pendidikan dapat diteruskan ketika negara berdepan gangguan seperti
00:56banjir dan jerebu.
00:57Beliau berkata demikian selepas merasmikan karnival pendidikan digital pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta atau PIBKS, Peringkat Kebangsaan 2026 pada
01:08ahad.
01:08Amiruddin berkata, usaha memperkasa penggunaan AI perlu diseimbangkan dengan pembangunan pemikiran kritikal supaya teknologi kekal menjadi alat yang membantu manusia,
01:19bukannya menggantikan pertimbangan manusia.

Recommended