Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah supaya pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat menilai kesan pembangunan pusat data di negara ini, khususnya terhadap alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.

Seri Paduka Baginda bertitah penilaian itu perlu mengambil kira penggunaan elektrik dan air yang sangat tinggi, penyalahgunaan tanah serta kesan terhadap kehidupan masyarakat setempat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pembangunan pusat data yang semakin berkembang di negara ini perlu diberi perhatian khususnya terhadap penggunaan sumber dan kesannya kepada masyarakat.
00:08Raja Permaisuri Agong, Raja Zari Sofiyah bertitah, pihak berkuasa, sektor swasta dan masyarakat perlu bernilai kesan pembangunan pusat data secara
00:17menyeluruh.
00:18Baginda bertitah demikian pada Majlis Konvokasi ke-70, Universiti Teknologi Malaysia UTM di Johor Baru baru-baru ini.
00:27Antara yang perlu diberi perhatian termasuk penggunaan elektrik dan air yang sangat tinggi selain isu penggunaan tanah serta kesan kepada
00:36komuniti setempat.
00:38Raja Zari Sofiyah yang juga Chancellor UTM bertitah, kemajuan teknologi perlu bergerak seiring dengan kelestarian alam sekitar.
00:47Ini kerana aktiviti manusia kini memberi impak besar terhadap perubahan iklim, pencemaran, kehilangan biodiversiti serta sumber alam.
00:56Dalam masa sama, Baginda menyeru masyarakat berilmu memainkan peranan dalam menangani kerosakan alam semula jadi bagi memastikan bumi terus terpilihara
01:07untuk generasi akan datang.
01:08Menyentuh perkembangan kecerdasan buatan AI, Raja Zari Sofiyah bertitah, teknologi itu seharusnya dimanfaatkan bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan bukan
01:20semata-mata mengejar keuntungan ekonomi.
01:22Sebagai universiti penyelidikan yang menerajui penubuhan fakulti kecerdasan buatan pertama di Malaysia, UTM disifatkan mempunyai tanggungjawab penting dalam memastikan pembangunan
01:35teknologi dipandu etika, integriti dan nilai kemanusiaan.

Recommended