Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 yang berlangsung di Manila.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, Sidang Kemuncah ASEAN ke-49 bermula di Manila, Filipina.
00:03Hari ini, menghimpunkan pemimpin serantau bagi membincangkan pelbagai isu strategik
00:09yang menentukan hala tuju dan masa depan ASEAN.
00:12Antara tumpuan utama adalah usaha memperkukuh kerjasama serantau,
00:16menangani ketidaktentuan geopolitik,
00:18serta memastikan keamanan dan kestabilan rantau ini.
00:22Kita terus kepada watawan israwani Umar Vati Ramayah
00:26yang berada di Manila, Filipina ketika ini.
00:28Silakan Umar.
00:32Baiklah, Sidang Kemuncah ASEAN ke-49 membuka tirai di Manila, Filipina hari ini
00:37ketika rantau Asia Tenggara berdepan.
00:39Berbagai cabaran termasuk ketegangan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi,
00:44perkembangan teknologi serta ancaman rentas sempadan.
00:47Dengan tema Navigation Our Future Together,
00:50pertemuan pemimpin 11 negara anggota ASEAN
00:52kali ini memberi penekanan kepada usaha memperkukuh kesatuan,
00:56meningkatkan daya tahan serantau
00:58dan memastikan kerjasama ASEAN dalam menghadapi perubahan landscape global.
01:03Dan Filipina menggariskan tiga keutamaan
01:05sepanjang kepengurusiannya tahun ini, iaitu keamanan, keselamatan serantau,
01:10kemakmuran ekonomi, serta pemerkasaan rakyat.
01:14Dalam konteks itu, Malaysia turut membawa beberapa agenda penting
01:18menerusi ucapan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim
01:22yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ASEAN
01:26dalam menghadapi cabaran global.
01:29Dan antara perkara yang diberi penekanan ialah keperluan membina
01:33keupayaan teknologi sendiri, khususnya dalam mendepani perkembangan
01:38pesat kecerdasan buatan atau AI.
01:41Dan Malaysia menegaskan, pembangunan dan takbir urus AI
01:46tidak seharusnya ditentukan oleh kepentingan komensial segelentir
01:49syarikat teknologi global.
01:51Sebaliknya, negara anggota perlu memperkukuhkan keupayaan teknologi
01:56secara kolektif, melindungi kedaulatan data dan mewujudkan
02:00kerangka takbir urus yang telus, serta bertanggungjawab.
02:04Dan selain teknologi, keselamatan makanan dan bekalan ubat-ubatan
02:08turut menjadi antara keutamaan yang dibangkitkan Malaysia sebentar tadi
02:12di mana dalam sektor kesihatan pula, Malaysia menggesa ASEAN
02:16untuk memperkukuh akses kepada ubat-ubatan dan vaksin penting
02:20melalui pengiktirafan bersama kelulusan kawal selia,
02:24pegabungan kuasa pembelian serta pembangunan kapasiti
02:27pengeluaran serantau Malaysia turut mengemukakan cadangan
02:31diplomasi sains dan danah jerebu mampan bagi memperkukuh
02:35kerjasama serantau menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.
02:39Dan sementara itu, dalam menentukan halat tujuh hubungan luar,
02:43Perdana Menteri turut menegaskan ASEAN perlu mengekalkan hubungan
02:47konstruktif seimbang dengan kuasa besar dunia tanpa mengorbankan
02:51prinsip perpaduan serta otonomi strategik rantau ini.
02:54Dan tentunya tumpuan ini kini terarah kepada sejauh mana
02:57komitmen yang dicapai sepanjang sidang kemuncak ini
03:00dapat diterjemahkan kepada tindakan konkret demi kepentingan
03:03sebelas negara anggota.
03:05Dan saya kira itu sahaja perkongsian yang dapat saya
03:08kongsikan pada jam ini.
03:09Saya dan jurukamera Fahmi Azhar akan terus bawakan perkembangan
03:12sidang kemuncak ASEAN dari Manila, Filipina sehingga 17 November ini.
03:16Kita kembali ke studio. Terima kasih.

Recommended