Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Jerebu tebal terus menyelubungi New Delhi, India, dengan beberapa kawasan mencatatkan bacaan Indeks Kualiti Udara (AQI) melebihi 400, iaitu pada tahap teruk. Keadaan itu mencetuskan kebimbangan penduduk terhadap risiko kesihatan, termasuk kanak-kanak, sekali gus mendorong desakan agar kerajaan melaksanakan penyelesaian jangka panjang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jerebu tebal yang terus menyelubungi New Delhi, India pada ahad mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk.
00:07Beberapa kawasan di New Delhi merekodkan bacaan Indeks Kualiti Udara atau AQI melebihi 400 iaitu pada tahap teruk.
00:16Sekaligus menimbulkan risiko kesihatan kepada penduduk termasuk kanak-kanak.
00:24Seorang penduduk Harpit Singh mendedahkan anak perempuannya yang berusia enam tahun mengalami kesukaran bernafas akibat pencemaran udara.
01:01Dia turut mengkritik kegagalan kerajaan mengambil tindakan berkesan sambil menegaskan bahawa masalah itu memerlukan langkah serius dan bukan sekadar kenyataan.
01:11Pencemaran udara merupakan masalah bermusim yang berulang di utara India dan negara jiranya, Pakistan khususnya ketika musim sejuk.
01:21Terima kasih telah menonton!

Recommended