00:00Menterian Kesihatan akan memberikan perhatian utama supaya hospital pasir gudang HPG Johor dapat beroperasi 100% berbanding tahap operasinya ketika
00:10ini iaitu hanya pada 85%.
00:13Menterinya, Datuk Seri Dr. Zulkifi Ahmad berkata pihaknya kini giat melaksanakan pelan tindakan pengisian yang agresif untuk memastikan HPG mencapai
00:23pengoperasian penuh.
00:24Perangkumi 304 katil dan 16 dewan bersalin.
00:30Katanya, penempatan jururawat dan pakar perubatan di hospital berkenaan buat masa ini adalah berdasarkan tahap operasinya.
00:38Dr. Zulkifli berkata komitmen KKM terhadap keperluan kesihatan di Johor kekal utuh dan tidak pernah berbelah bahagi.
00:46Pada Sabtu, Menteri Besar Johor Datuk On Hafiz Ghazi menegaskan operasi HPG memerlukan perhatian segera KKM memandangkan daripada keseruhan 2
00:56,271 jawatan diperuntukkan,
00:59hanya 1,276 diisi setakat 6 November lalu.
01:04HPG yang terletak di Bandar Seri Alam Pasir Gudang beroperasi secara berperingkat mulai 1 Ogos 2025
01:11selepas diserahkan secara rasmi oleh Kementerian Kerja Raya kepada KKM pada 29 Jun 2025.
01:20Pembinaan hospital berkenaan membabitkan kos RM375.5 juta
01:25bertujuan meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan kepada penduduk pasir gudang serta kawasan sekitarnya.