Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menegskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak pernah membuat panggilan kepada pengguna untuk tujuan penguatkuasaan terkait dengan isu tunggakan dengan syarikat telekomunikasi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, mengulas penahanan 61 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan sindiket penipuan, termasuk menama sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan
00:09Multimedia Malaysia MCMC.
00:12Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadil berkata, Suruhanjaya itu sedang meneliti beberapa langkah teknikal, tambahan di peringkat rangkaian bagi memperkukuh
00:21usaha membendung kegiatan penipuan.
00:27Pihak Kementerian Komunikasi juga tidak sesekali membuat panggilan keluar untuk tujuan penguatkuasaan.
00:35Kementerian Komunikasi tidak terlibat dalam apa-apa tindakan penguatkuasaan seperti itu.
00:41MCMC juga tidak akan mengambil tindakan atas isu yang melibatkan Telco.
00:47Kalau ada tunggakan dengan Telco, Telco sendiri yang akan call, bukan MCMC.
00:51Jadi sekiranya anda mendapat apa-apa panggilan yang mewas-waskan, panggilan was-was, kalau kita syaki ada sesuatu yang tidak
01:02betul, pertama letakkan panggilan itu, tamatkan panggilan itu.
01:06Dan kedua buat laporan, sama ada kepada pihak polis ataupun kepada pihak MCMC, juga boleh telefon 997 NSRC untuk buat
01:18aduan.

Recommended