Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran mewajibkan WhatsApp mengesahkan nombor telefon yang dipautkan kepada akaun pengguna bagi membendung kegiatan penipuan atau scam. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, isu penyalahgunaan WhatsApp untuk panggilan penipuan turut mendapat perhatian beberapa negara di peringkat antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran mewajibkan WhatsApp mengesahkan nombor telefon yang dipautkan kepada akaun pengguna sebagai langkah membendung penyalahgunaan aplikasi
00:10berkenaan untuk kegiatan penipuan atau skam.
00:13Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadil berkata cadangan itu turut menjadi perhatian di peringkat antarabangsa susulan kebimbangan beberapa negara terhadap
00:21penyalahgunaan WhatsApp bagi tujuan panggilan penipuan.
00:26Pihak Kementerian Komunikasi sedang meneliti kewajaran untuk mengenakan satu syarat kepada pihak WhatsApp yang mana mereka perlu mengesahkan nombor telefon
00:38yang berpaut kepada akaun WhatsApp itu.
00:41Pada waktu ini WhatsApp tidak mengenakan syarat pengesahan akaun tapi di beberapa negara baru-baru ini di ITU International Telecommunication
00:54Union bersama dengan saya mendengar pandangan daripada banyak negara mereka membangkitkan isu mengenai penyalahgunaan WhatsApp untuk tujuan skam call.
01:03Jadi satu perkara yang banyak negara sedang teliti adalah membuat pengesahan identiti dan nombor telefon itu yang di-attach kepada,
01:15digunakan untuk akaun WhatsApp.
01:17Mengulas penahanan 61 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan sindikip penipuan termasuk menyama sebagai pegawai suruhan jaya komunikasi dan multimedia
01:26Malaysia MCMC.
01:27Fahmi berkata MCMC sedang meneliti beberapa langkah teknikal tambahan di peringkat rangkaian bagi memperkukuh usaha membendung kegiatan penipuan.
01:36Menurutnya perubahan teknikal yang dilaksanakan MCMC sebelum ini berjaya mengekang panggilan menggunakan teknik penyamaran nombor telefon atau spoofing calls bagaimanapun
01:47sindikip penipuan kini beralih kepada kaedah berbeza.
01:50Sekaligus mendorong keperluan untuk meneliti langkah tambahan bagi menengani taktik penipuan yang semakin berubah.
01:58Dan pihak Kementerian Komunikasi juga tidak sesekali membuat panggilan keluar untuk tujuan penguatkuasaan.
02:07Kementerian Komunikasi tidak terlibat dalam apa-apa tindakan penguatkuasaan seperti itu.
02:13MCMC juga tidak akan mengambil tindakan atas isu yang melibatkan telco.
02:18Kalau ada tunggakan dengan telco, telco sendiri yang akan call.
02:21Bukan MCMC.
02:23Jadi sekiranya anda mendapat apa-apa panggilan yang mewas-waskan, panggilan was-was,
02:30kalau kita syaki ada sesuatu yang tidak betul, pertama letakkan panggilan itu, tamatkan panggilan itu.
02:38Dan kedua buat laporan.
02:39Sama ada kepada pihak polis ataupun kepada pihak MCMC, juga boleh telefon 997 NSRC untuk buat aduan.
02:50Beliau berkata demikian kepada media semasa sidang media projek rintis sistem keselamatan warga emas di Razak Mansion di Ibu Negara
02:57pada Ahad.
02:58Terima kasih telah menonton!

Recommended