Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Malaysia mengemukakan cadangan diplomasi sains dan dana jerebu mampan menerusi kerangka Jawatankuasa Pemandu Menteri-Menteri Sub-Rantau (MSC) bagi memperkukuh kerjasama ASEAN menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.
Transcript
00:00Malaysia mengemukakan cadangan diplomasi sains dan dana jerebu mampan menerusi kerangka jawatan kuasa pemandu Menteri-Menteri Sub-Rantau MSC bagi
00:10memperkukuh kerjasama ASEAN menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.
00:14Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua cadangan itu bertujuan meningkatkan kerjasama saintifik dan memperkukuh proses membuat keputusan
00:22berasaskan bukti.
00:25Perdana Menteri berkata cadangan berkenaan juga bagi memastikan sokongan kewangan yang lebih mampan untuk pelaksanaan perjanjian ASEAN mengenai pencemaran jerebu
00:33rentas sempadan AATHP.
00:36Katanya usaha itu penting bagi memastikan tindakan menengani pencemaran jerebu dilaksanakan secara lebih tersusun menerusi kerjasama negara anggota.
00:45Anwar berkata Malaysia berharap keutamaan berkenaan dapat terus dimajukan menerusi persidangan negara-negara pihak kepada AATHP yang di jadual berlangsung
00:54pada Disember ini.
00:56Malaysia juga akan meneruskan usaha berkenaan menerusi kepengerusian MSC pada 2027.
01:02Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa ASEAN mempunyai tanggungjawab memperkukuh takbir urus rantau, memastikan penggunaan sumber biodiversiti secara mampan dan
01:12saksama serta melindunginya daripada eksploitasi dan penyelanggunaan oleh pihak luar.
01:17Katanya pelindungan biodiversiti bukan sekadar keperluan alam sekitar, malah turut berkait rapat dengan kedaulatan serantau.
01:25Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemunca ASEAN ke-49 di Manila, Filipina pada Ahad.

Recommended