00:00Tiada sahabat yang kekal sebaliknya hanya matlamat perjuangan yang perlu dipertahankan dalam politik.
00:06Bekas Perdana Menteri Tuan Dr. Mahathir Mohamad berkata percaturan politik termasuk perubahan jajaran politik bukan sesuatu yang luar biasa namun
00:14perkara yang perlu diberi perhatian ialah apabila matlamat perjuangan turut berubah.
00:23Teks ucapan Dr. Mahathir dibacakan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air Perjuang Rafiq Rashid Ali pada Perhimpunan Agong Pejuang 2026
00:32di Pusat Konvensyen Ideal IDCC pada Ahad.
00:36Kerana itu percaturan politik, pertukaran jajaran politik atau political realignment bukan sesuatu yang luar biasa.
00:47Yang pelik ialah apabila matlamat itu turut berubah.
00:52Kerana itu prinsip perjuangan parti itu amat penting kerana ia menawarkan kepada penyokong-penyokongnya bahawa matlamat yang dikejar adalah di
01:04atas prinsip-prinsip yang dinyatakan dengan jelas.
01:07Prinsip-prinsip ini diperjelas melalui dasar-dasar parti.
01:12Dengan itu kepimpinan parti memberi satu komitmen bahawa sejauh mana sekalipun berlaku kompromi, pengunduran prinsip ianya dilakukan demi untuk mencapai
01:25matlamat.
01:26Dr. Mahathir yang juga pengasas pejuang berkata sebagai orang Melayu beragama Islam, sebarang tindakan yang bertentangan dengan hukum Islam dan
01:35adat resam tidak boleh dihalalkan atas alasan mencapai sesuatu matlamat.
01:40Beliau turut menifatkan Malaysia kini berada di persimpangan politik yang kritikal apabila rakyat, khususnya orang Melayu, berdepan dua pilihan yang
01:50masing-masing mempunyai masalah tersendiri.
01:52Menggunakan peribahasa Melayu di telan mati mak, di luah mati bapak, beliau berkata keadaan itu menggambarkan kesukaran rakyat untuk menentukan
02:00pilihan yang ada.
02:01Bagaimanapun beliau berpandangan masih terdapat ruang untuk melakukan perubahan termasuk melalui perjuangan dari dalam atau membentuk perjuangan baharu selepas memastikan
02:11kelangsungan kewujudan parti.