00:00Muafakat antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menjadi antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan besar gabungan itu pada pilihan Raya
00:07Negeri Melaka ke-16.
00:09Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusof berkata kesepakatan itu membuka ruang kepada sokongan lebih luas termasuk dalam kalangan
00:17individu yang tidak menyertai mana-mana parti politik.
00:22Salah satu dari faktor-faktor menyumbang kemenangan besar kerana muafakat ini menunjukkan satu kesepakatan yang memberikan ruang kepada orang yang
00:32tidak berparti,
00:33sebab ada PAS ataupun UMNO ataupun benda-benda parti politik yang bergabung untuk bersama-sama menyokong satu muafakat ini dijadikan
00:42satu kekuatan dan menunjukkan bahawa kalau kita bersepakat, kita berpadu, kita bersatu, hasilnya apa yang kita dapat hari ini.
00:54Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal ke-2.
01:01Abdul Rauf menambah kemenangan BN bersama PN juga membuktikan usaha dan prestasi Kerajaan Negeri sepanjang tempoh pentadbiran sebelum ini mendapat
01:11penilaian positif rakyat.
01:13Menurutnya pelaksanaan inisiatif seperti Program Wakil Rakyat untuk Rakyat, Hari Bertemu Rakyat, Jelajah Ketua Menteri Rakyat membuktikan pendekatan Kerajaan Negeri
01:23yang mengutamakan kebajikan serta keperluan masyarakat.
01:26Dalam pada itu, Abdul Rauf menifatkan kemenangan BN dan PN bukan kemenangan pribadi atau parti politik.
01:33Sebaliknya, ia mencerminkan keyakinan dan harapan rakyat untuk melihat Melaka terus, maju, stabil dan makmur.
01:40Terima kasih telah menonton!
01:42Terima kasih telah menonton!