00:00ASEAN perlu terus mengekalkan hubungan konstruktif dan seimbang dengan semua kuasa besar dunia tanpa mengorbankan prinsip sentraliti, perpaduan serta otonomi
00:10strategik rantau ini.
00:11Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hubungan ASEAN dengan rakan luar perlu terus dibina berlandaskan prinsip asas perjanjian persahabatan
00:20dan kerjasama di Asia Tenggara, TAC.
00:24Perdana Menteri berkata sempena ulang tahun ke-50 perjanjian itu tahun ini, negara anggota perlu memperkukuh semula komitmen terhadap prinsip
00:33teras yang menjadi asas hubungan dan kerjasama serantau.
00:38Anwar berkata pematuhan rakan dialog terhadap prinsip asas perjanjian itu penting bagi memastikan hubungan yang dibina terus berlandaskan acuan ASEAN
00:46sekaligus mengekalkan rantau ini sebagai platform kerjasama dan bukannya gelanggang persaingan kuasa.
00:53Menurutnya, prinsip sentraliti, perpaduan dan otonomi strategik ASEAN perlu terus dipertahankan kerana ia menjadi asas kepada kestabilan serta kedudukan rantau
01:03ini dalam hubungan antarabangsa.
01:06Beliau turut menegaskan ASEAN perlu memastikan kerjasama dengan rakan luar tidak menjejaskan keupayaan rantau ini menentukan hal tuju dan kepentingannya
01:15sendiri.
01:16Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemunca ASEAN ke-49 di Manila, Filipina pada Ahad.
01:24Terima kasih telah menonton!